Home » » Shahrizat Wajar Tegur Najib Letak Jawatan

Shahrizat Wajar Tegur Najib Letak Jawatan

Written By Wadah Baru on Ahad, 9 April 2017 | 9:01 PTG

Oleh Shamsul Iskandar

Saya mengecam kebiadapan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang dengan angkuhnya menyuruh Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat. Seharusnya Shahrizat berdiam diri sahaja dari mempamerkan keangkuhan kerana kenyataan beliau berkenaan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu hanya akan dianggap bahan ketawa sahaja.

Tidakkah Shahrizat menyedari bahawa beliau tidak layak menegur Presiden Parti Keadilan Rakyat untuk meninggalkan jawatan Ketua Pembangkang, manakala Datuk Seri Wan Azizah itu dipilih rakyat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang dan sebagai Ketua Pembangkang oleh komponen Pakatan Harapan. Sedangkan Datuk Seri Shahrizat bukanlah dipilih rakyat di mana-mana kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri.

Walaupun desas desus pilihanraya umum akan diadakan tahun ini atau tahun hadapan bertiup kencang, Shahrizat tidak sewajarnya menjadikan Presiden Parti Keadilan Rakyat sebagai sasaran untuk menagih tumpuan dan perhatian. Sekiranya beliau benar-benar perihatin dengan kehidupan rakyat Malaysia yang saban hari semakin dihimpit kesusahan, seeloknya Datuk Seri Shahrizat menegur Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Shahrizat seharusnya malu untuk terus dipimpin Perdana Menteri Kleptokrat. Apakah Shahrizat tidak punya rasa malu dengan skandal 1MDB, Forest City dan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Justeru jika Shahrizat masih boleh berfikir dan perihatin dengan nasib rakyat, bukanlah Datuk Seri Wan Azizah yang menjadi sasaran akan tetapi sewajarnya Shahrizat menggesa Datuk Seri Najib yang meletak jawatan.

Shamsul Iskandar
Ahli Parlimen Bukit Katil
Naib Presiden KEADILAN

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger