Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan PKR mengarahkan
semua lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan
melepaskan jawatan sebagai sikap bermaruah dan berintegriti.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, sikap itu wajar
dicontohi oleh mana-mana parti politik apabila memutuskan kerjasama
politik dengan parti lain.
"Amanah sangat menghormati keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Biro
Politik PKR. Saya yakin segala keputusan yang dibuat mengambil kira
pandangan ahli mesyuarat selepas Pas megambil sikap memutuskan tahaluf
(siyasi) dengan PKR.
"Kenyataan yang dikeluarkan (Datuk Seri) wan Azizah (Wan Ismail)
mengarahkan Ahli Majlis Kelantan meletakkan jawatan adalah sikap yang
bermaruah dan berintegriti.
"Apabila sesebuah parti membuat keputusan untuk memutuskan hubungan,
PKR mengambil sikap berintegriti," katanya dalam sidang media di Wisma
Amanah Negara hari ini.
Mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi membuat keputusan bahawa semua
lantikan politik parti itu dalam Kerajaan Negeri Kelantan diminta
melepaskan jawatan-jawatan tersebut berkuatkuasa serta merta.
Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kelantan, Abdul
Aziz Kadir hari ini berkata, PKR Kelantan akur dengan keputusan itu dan
akan melaksanakan semua keputusan itu.
Mengulas mengenai kedudukan exco Pas di Selangor pula, Salahuddin
berkata parti itu seharusnya faham terhadap isyarat yang diberikan oleh
PKR dan mengambil keputusan sama di negeri itu.
"Sebagai orang politik yang berintegriti saya rasa isyarat (PKR)
malam tadi memberi gambaran yang jelas kepada Pas untuk membuat tindakan
yang sama di Selangor," katanya.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail malam tadi berkata,
kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan pimpinan
PKR selepas Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali yang juga Timbalan
Presiden PKR kembali daripada lawatan kerja di luar negara.
"Kedudukan Pas dalam Kerajaan Negeri Selangor telah dibincangkan pada
malam ini dan akan diputuskan pimpinan PKR bersama Datuk Menteri Besar
Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara,"
katanya.
Pada 11 Mei lalu, Majlis Syura Ulamak Pas sebulat suara menamatkan
tahaluf siyasi dengan PKR serta merta kerana parti itu dikatakan
melanggar beberapa syarat kerjasama politik yang terjalin sekian lama.
Sejak perkara itu diputuskan, Azmin belum memberi sebarang kenyataan
tentang nasib tiga Exco Pas yang berada dalam barisan Kabinet Negeri
Selangor.
Isnin lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata beliau telah bertemu dengan tiga exco berkenaan dan sehingga ini
parti itu tidak dimaklumkan terdapat sebarang arahan supaya mereka
meletak jawatan oleh Azmin.
Lepas jawatan politik: Pas harus faham isyarat PKR
Written By Wadah Baru on Rabu, 17 Mei 2017 | 8:19 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan