Oleh Subky Lati
KETIKA
rencana ini tersiar mungkin Perdana Menteri Najib dan/atau peguam Tan
Sri Shafie Abdullah telah membuat penjelasan atas dakwaan Sarawak
Report berkenaan duit RM9.5 juta dari SRC International dikatakan
disalurkan PM ke akaun peribadi peguam itu.
Sebagaimana semua
siaran media bukanlah sahih seperti al-Quran, maka dakwaan Sarawak
Report perlu diteliti sah atau tidaknya duit yang ada kaitnya dengan
1MDB itu. Sebagaimana PAS terpaksa menyamannya kerana siarannya
mengatakan ia menerima habuan 90 juta dari UMNO/Najib, PM Najib dan Tan
Sri Shafie juga perlu membersihkan diri dari fitnah itu.
Seperti
lain-lain fitnah yang banyak dihadapkan kepada Najib melibatkan 1MDB
dan bukan 1MDB, laporan Sarawak Report itu menambah lagi beban dan
tohmah Perdana Menteri yang memekungkan dirinya, UMNO dan kerajaan.
Semua yang dilemparkan kepadanya sejak sebelum jadi Pedana Meneri dan
bertimbun-timbun lagi setelah jadi Perdana Menteri telah dilonggok dan
diperap di bawah tikar mengkuang. Tikar mengkuang tidak kalis reput.
Setakat belum reput ini baunya dapat dibendung.
Ia tidak
selama-lama terbendung. Mungkin selama PM Najib masih PM dan Presiden
UMNO. Jika dibersihkan semasa berkuasa ini, pekungnya akan lebih tak
terhidu dengan bau Dr. Mahathir yang pro Najib mulai dedahkan sekarang.
Najib
setakat ini seolah kebal dan kalis tohmah. Seolah-olah tidak tikaman
selagi berkuasa. Tetapi ia sudah membebankan UMNO dan kerajaan.
Tidak
pernah maruah dan keperkasaan UMNO begitu rendah seperti sekarang. Dan
kepercayaan sesama sendiri amat goyang. Kata Annuar Musa, kantung
Persatuan Bola Kelantan sekarang kering. Kantung kerajaan persekutuan
sekarang lagi kering. Tidak pernah ia sekering seperti di bawah
pentadbiran Najib ini.
Pacal-pacal UMNO kata ia kukuh dan
kian kental. Gara-gara 1MDB dan dan lambakan tohmah itu menyebab
ketahanan dan maruah UMNO dan ahli-ahli amat rendah. Gara-garanya TS
Muhyiddin Yassin terusir dari UMNO. Cemperanyalah mendorongnya memecat
Muhyiddin.
Jangan kata Muhyiddin dan Dr. Mahathir
berduaan saja. Mereka menarik ahli-ahli UMNO menubuhkan parti baru.
Jika sepuluh peratus saja UMNO mengikut 3M – Mahathir, Muhyiddin,
Mukhriz, maka UMNO sudah sumpik. Yang menyokong dan simpati kepada
Muhyidin dari dalam jangan diremehkan.
Gara-gara
pembawaan Najib sebagai pimpinan UMNO telah menjadikan UMNO tidak
sepadat masa ia ditinggalkan Dr. Maahthir dan tidak juga sepadu ia di
bawah Tun Abdullah Badawi. Mungkin ahli UMNO bertambah, tetapi beban
yang UMNO hadapi yang dibuat Najib, menjadikan UMNO seperti pinggan
retak seribu. Ia boleh diguna tetapi retak boleh membawa pecah.
Apa
yang menjadikannya begitu? Beban yang semuanya ditudung dengan tikar
mengkuang. UMNO banyak celanya pada pembangkang. Tetapi ia keramat
pada UMNO. Keramatnya adalah UMNOnya, tetapi pemimpinnya tidak keramat
istimewa PM Najib. Kecuali yang sebelum Najib yang keramat hidup.
Antara
sayang UMNO dan sayang Najib tidak sama. UMNO mungkin sayangkan UMNO
tetapi beban demi beban yang Najib lambakkan kepada UMNO menjadikan UMNO
terbeban yang ahli UMNO tak terpikul. Bila UMNO dipenuhi beban, bila
ia hendadk membela Melayu, rakyat dan negara?
Jika UMNO
itu cintakan, dengan saau demi satu kerenah menimpa Najib, UMNO hendak
ditunggu apa lagi dengan Najib. Peguam Shafie Abdullah adalah peguam
Najib yang belum tentu peguam UMNO. -
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan