Home » , » Jawatan PM sebahagian rangka mengisi kemenangan

Jawatan PM sebahagian rangka mengisi kemenangan

Written By Wadah Baru on Rabu, 7 Jun 2017 | 4:21 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Soal siapa paling layak untuk menjadi PM dari parti pembangkang (Harapan) masih terus dipersoal dan menjadi polemik. Isu yang sengaja diheretkan oleh Umno itu tampak berterusan dan kalangan pembangkang sendiri tidak mahu diamkan diri iktu sama membelit diri.

Saya tidak mahu menyentuh perkara ini kerana ia perkara tidak penting dalam konteks Harapan. Kerana apa yang Harapan perlu utama dan memberi fokus ialah kemenangan Harapan itu terlebih dahulu. Tanpa kemenangan Harapan, tiada harapan dan tiada peluang untuk pembangkang mendapat perdana menteri. Itu kuncinya.
Saya sokong penuh sikap diambil oleh AMANAH, seperti mana kenyataan dikeluarkan oleh timbalan presidennya, Salahuddin Ayub. Katanya calon PM bukan isu utama yang mendesak sebaliknya yang diutamakan berusaha untuk mengukuhkan Harapan demi kemenangan. Dalam kata lain Harapan tidak ghairah untuk jadi PM, tetapi ghairah untuk meraih kemenangan.



Sallahudin Ayub. 
Sikap itulah sepatutnya dijadikan contoh teladan dan pegangan oleh semua kalangan Harapan dari pucuk pimpinan hingga kepada ahli, simpati dan pendokongnya. Kenyataan Salahuddin itu bukan bermakna parti itu tidak ada tokoh berlekayakan untuk menakhtai jawatan nombor wahid itu, ada.

Mohamad Sabu sendiri, meskipun dianggap logam dalam lumpur oleh sesetengah pihak, tetapi beliau boleh dibasuh, digosok dan boleh bersinar menjadi permata untuk menjadi PM. Belakang parang pun kalau diasah lama-lama boleh tajam. Mohamad adalah manusia yang punya tauhid perjuangan yang kukuh. Itu adalah aset utamanya.

Saya ingat kepada kata-kata peninggalan Ghafar Baba suatu masa dahulu bila mengulas persoalan setengah pihak yang meragui kebolehannya untuk menjadi PM. Katanya sesiapa pun boleh jadi PM kerana kerja PM hanya tukang sign sahaja. Bermaksud, PM hanya mengendorsekan apa-apa keputusan yang dibuat oleh para pegawai kerajaan. Bertolak dari kata-kata itu maka Mohamad Sabu juga boleh dipertanggungkan jawatan itu.
Husam Musa.

Namun saya percaya bukan itu keutamaan parti abang kepda PPBM itu. Pemikiran Salahuddin lebih logik dan praktikal untuk disanjungi daripada kerja-kerja membuat pol dan undian umum untuk mencari siapa lebih populis menjadi PM. Dan dalam masa sama, bukan sahaja Mohamad Sabu layak dan boleh diangkat menjadi PM daripada AMANAH, tetapi parti itu masih ada tokoh-tokoh lain berpotensi, misalnya Husam Musa atau Salahuddin sendiri.

Namun bukan itu keutamaan mereka, baik Mohamad Sabu, Husam atau Salahuddin adalah calon-calon PM simpanan dan apabila calon-calon lain lebih layak tiada lagi orang lain maka mereka sesuai mengambilnya.

Berbalik kepada isu pengisian jawatan PM dari pembangkang itu, Dr Mahathir dilaporkan menyatakan kesediaan beratnya untuk mengisi kerusi itu jika diperlukan. Kenyataan beliau adalah reaksi postif yang kedua. Itu pun kata Dr Mahathir ia bersyarat sekiranya pelantikannya dipersetujui oleh semua komponen Harapan. Ertinya jika ada bantahan beliau akan menimbang balik.

Dr Mahathir memang keberatan untuk menjadi PM sekali lagi. Walaupun jawatan itu sangat penting dan power full, realiti politik dihadapi Dr Mahathir meletakan beliau insaf dan sedar untuk memegangnya sekali lagi. Bagi saya, saya bersangka baik .. tidak fikir penglibatan akifnya dalam politik kini untuk kembali menjadi perdana menteri dan orang berkuasa seperti dahulu. Dengan mudah kita tanya untuk apa beliau menjadi PM, kerana siapa lagi musuhnya? Dr Mahathir sudah tidak ada apa-apa agenda besar untuk negara seperti dahulu kalau pun dia menjadi PM.

Melainkan hanya untuk menumbangkan Najib yang kini menjadi musuhnya. Tidak ada seisapa lagi menjadi seteru dan pesaing politik kepadanya dan orang yang perlu untuk dijatuhinya. Bagi Dr Mahathir kejayaan akhir dalam hidupnya bukan menjadi PM kali kedua, tetapi menumbangkan pemimpin kleptrokasi sang Najib itu. Sekiranya Najib tumbang, beliau akan dapat tutup mata rapat, hatta kalau anaknya Mukriz tidak mewarisi kehebatannya.

Bertolak dari hakikat itu, semua pihak kena memahami langkah dan tindakan Dr Mahathir kini. Provokasi oleh Umno kononnya beks PM itu menggilai semula tempat itu adalah psywar semata-mata untuk mengocakkan kedudukan dalam Harapan. Umno sangat menyedari akan faktor Anwar Ibrahim yang sudah lama digelar untuk dijadi perdana menteri ketika ini. Maka Umno mengangkat seorang lagi calon sebagai pesaing Anwar dengan tujuan biar pembangkang bercelaru merebut sesutau yang belum wujud.

Tujuannya ialah bagi meretakkan hubungan penyokong Dr Mahathir dengan penyokong Anwar, yang juga secara langsung menyerabutkan Harapan. Bila Harapan berkemlut senanglah mereka mengatur langkah dan strategi. Ternyata usaha dan provokatif Umno itu berjaya apabila isu siapa bakal jadi PM dari kalangan pembangkang menjadi polemik kini, sehingga ada yang berperang mulut di antara sesama pendokong Harapan.

Apabila Dr Mahathir mengatakan kesediaan bersyarat itu, ia hendaklah diterima sebaik mungkin tanpa menokok tambah dengan prejudis. Adapun pra syarat utama untuk melihat siapa lebih layak dan sesuai ialah kepada realiti politik hari ini. Dr Mahathir sudah berumur, tetapi kegiatan politik dan komitmennya hendak menumbangkan kerajaan kleptokrasi lebih agresif daripada orang muda.

Keadaan itu menjadi memang dia layak berdasarkan usaha dan komitmennya. Adapun Anwar lebih layak dan sepantasnya menjadi PM sebaik sahaja Dr Mahathir berundur dulu, namun realiati dan rasional politik yang digenggaminya tidak memungkinkan hasrat besar itu. Pembangkang tidak menang. Manakala Anwar kini masih berada dalam penjara dan terhalang untuk bertanding dalam pilihan raya. Proses pengampunan bagi memberi laluan kepadanya kelihatan tipis sekali. Kedudukan beliau dari kerusi PM dalam suasana hari ini jauh panggang dari api.

Justeru Anwar perlu dibawa keluar dan bebaskan dahulu.  Takdir itu pula akan berlaku apabila berlaku perubahan kerajaan. Najib tidak akan bersimpati dan menjadi baik dengan tiba-tiba untuk mengambil tindakan seperti mana dilakukan Abdullah Ahmad Badawi dulu, "membebaskan" Anwar. Najib bukan seperti Abdullah, Najib adalah Najib dan Najib adalah Rosmah. Najib bukan janda yang menanak pulut untuk dagang yang lalu.

Anwar hanya akan keluar apabila tertubuh kerajaan baharu oleh pembangkang. Sesudah itu nanti baharulah Anwar boleh dibersihkan dari kesalahannya dan dibuang segala lumut dan habuk yang melekat didirinya. Ertinya Anwar akan menjadi PM sesudah terbentuknya kerajaan pembangkang kelak. Itu destinsinya.

Kepada mereka yang emosi mahukan kepada Anwar perlu sedar hakikat ini. Jangan meminta dan mengharap kepada sesuatu yang tidak mungkin disebabkan semata-mata kerana benci dan dendam kepada Dr Mahathir. Kena diakui repuitasi dan maruah diri, Dr Mahathir lebih baik daripada Anwar. Dan peluang bertaubat dan menebus dosa olehnya perlu dibuka seluas-luasnya.

Dr Mahathir sendiri menyedari kalau dia jadi PM pun buat sementara sahaja. Ertinya ada tokoh lain yang akan memanggungnya nanti. Dari segi kronologi dan hirearki dalam oposisi orang itu adalah Anwar, sudah tidak ada pilihan lain, kecuali Anwar dan Anwar. Jawatan PM akan menyembuhkan segala sakit-sakit dan bisa-bisa yang menulangi dirinya kini dan juga rakyat.

Mungkin Tuhan mentakdirkan Anwar akan menjadi PM selepas Dr Mahathir, dipusingan kedua. Inilah yang perlu kita bertahkid. Ertinya juga di sini, kalau ini berlaku, ia adalah pembetulan teori Rahman yang dilihat pincang sebelum ini dimana sepatutnya selepas Dr Mahathir adalah Anwar, sebaliknya sekonyang-konyang muncul Abdullah di mana kemunculan itu adalah kesilapan besar. Dengan Dr Mahathir kembali menjadi PM peluang untuk meluruskan teori itu terbuka.

Selepas Anwar baharulah akan muncul nama-nama lain-lain yang mengikut q-up untuk menaiki kerusi itu berdasarkan kepada kebolehan dan ketokohan masing-masing; Muhyiddin, Dr Wan Azizah maupun Zaid Ibrahim. Seeloknya soal siapa bakal mengisi jawatan PM selepas Dr Mahathir dan Anwar nanti, tidak dibincang panjang lebar dulu kerana bimbang ianya akan "dimakan musang" -- menjadi angan-angan Mat Jenin.

Pengkahirnya, saya suka menarik kepada pandangan Sallahuddin tadi, semua pihak tidak perlu mengutamakan siapa akan menjadikan PM tetapi memberi tumpuan kepada kerja-kerja dan penuangan idea utnuk pengukuhan Harapan seperti mana digerakkan oleh AMANAH itu. Perlu persiapan kemenangan dahulu, baharu berfikir mengisi kemenangan. Jawatan PM adalah sebahagian daripada rangka mengisi kemenangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger