Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali didesak perlu menyegerakan dakwaan
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak susulan pendedahan
terbaharu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB
yang berhubungkait dengan Malaysian Official 1 (MO1).
Timbaan Ketua Pemudanya, Faiz Fadzil menjelaskan semua keterangan
yang didedahkan DOJ itu sudah diketahui peguam negara sebelum ini
sebagaimana hasil siasaaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Bahkan beliau turut mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar bersikap lebih profesional dan diligent untuk mencampuri tindakan
DoJ ini kerana ia bukan tindakan saman sivil, tetapi tindakan jenayah.
"Fakta yang didedahkan adalah berhubung salahlaku jenayah Perdana Menteri di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) dan AMLA.
"SPRM pula hendaklah menghantar semula kertas siasatan dan syor
pertuduhan terhadap Perdana Menteri kepada Peguam Negara. Amatlah
diharapkan agar Peguam Negara menjaga kepentingan dan maruah negara
mengatasi MO1.
"Adalah amat penting untuk Peguam Negara memelihara keluhuran undang-undang," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Pendedahan yang dibuat oleh DoJ telah mendedahkan bagaimana wang AS$620juta yang dipulangkan MO1 kepada “penderma”.
" Ironinya, identiti penderma yang dimaksudkan itu juga masih kabur dan penuh tanda tanya.
"Tindakan
DoJ ini telah membantu rakyat Malaysia untuk memahami ke mana wang yang
telah dipulangkan oleh MO1 atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Fakta
adalah terlalu jelas seumpama mentari pagi bahawa MO1 adalah Najib
Razak dimana beliau digambarkan sebagai individu yang menerima AS$681
juta (RM2.6 billion) daripada wang 1MDB yang mana jumlah tersebut
disahkan Tan Sri Apandi walaupun dikatakan derma.
"Tiada menteri lain yang mengakui MO1, malahan Najib Razak juga tidak
menafikannya. Tambahan pula, pengakuan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa MO1 adalah Najib Razak telah
mengesahkan fakta ini," jelasnya.
Hari ini, DoJ telah membantu kita dengan membuat pelbagai pendedahan
yang melibatkan penyelewengan MO1 dalam skandal 1MDB yang mana tidak
mampu dilakukan oleh institusi penguatkuasa undang-undang negara
termasuk Peguam Negara, SPRM mahupun Polis Diraja Malaysia.
Maruah negara hari ini begitu tercalar di peringkat antarabangsa sehinggakan digelar negara kleptokrasi.
Sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan
rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri Najib Razak.
Malah wang tersebut digunakan untuk membeli gambar bernilai
AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.
Pendedahan ini bukanlah perkara baharu bagi rakyat Malaysia kerana
dalam saman 'Civil Forfeiture' tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731
juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun
peribadi MO1.
Peguam Negara perlu segera dakwa Najib, gesa Pemuda Amanah
Written By Wadah Baru on Sabtu, 17 Jun 2017 | 5:53 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan