Home » , » DAP tak takut pemilihan semula, kata Gobind

DAP tak takut pemilihan semula, kata Gobind

Written By Wadah Baru on Rabu, 12 Julai 2017 | 9:43 PG

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo berkata partinya tidak takut atau mengalami masalah dalaman susulan kenyataan daripada PAS yang mencadangkan ia berlaku.


“Kami tak takut,” katanya.

Beliau menambah dakwaan PAS kononnya DAP takut mengadakan pemilihan baharu untuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tidak masuk akal kerana DAP sudah mengadakan pemilihan semula pada 2013.

“Kami tidak ada sebarang masalah dalaman dan kami tak takut adakan pemilihan semula. Kami sudah adakan pemilihan semula pada 2013.

“Jadi soal takut tak berbangkit,” kata Gobind

Beliau menjawab kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengatakan DAP tidak perlu takut mengadakan pemilihan semula melainkan jika parti itu mempunyai masalah dalaman.

Gobind menegaskan parti itu belum terima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengenai isu itu.

“Bagaimana kami nak patuh arahan itu kalau JPPM tidak menyampaikan arahan itu kepada kami?

“Kami tidak boleh benarkan perkara ini jadi duluan, di mana JPPM sekadar mengeluarkan kenyataan media dan mengarahkan orang buat sesuatu,” katanya, menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional dan tidak beretika.

“Apabila kami menerima surat itu, kami akan minta untuk bertemu JPPM dan kemudian tentukan langkah seterusnya.”

Awal hari ini, Gobind membidas keputusan JPPM mengeluarkan kenyataan terbuka mengarahkan DAP mengadakan pemilihan baharu untuk CEC dan menggesa surat rasmi dihantar kepada parti.

Beliau mendakwa parti tidak dapat membuat sebarang keputusan tanpa surat rasmi JPPM.

JPPM mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula untuk 20 anggota CEC susulan aduan dari ahli parti mengenai manipulasi dalam pemilihan Disember 2012 serta pemilihan semula yang diarahkan JPPM pada September 2013.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger