KOTA BHARU: DAP tidak perlu takut untuk mengadakan pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu seperti yang diarahkan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melainkan jika parti itu
mempunyai masalah dalaman.
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP sepatutnya
mematuhi peraturan yang ditetapkan atau perlu bersedia menanggung
implikasi daripada keengganannya melakukan pemilihan semula.
“Kalau DAP tidak mahu membuat pemilihan semula atau ingkar mereka
perlu bertanggungjawab dengan JPPM. Kalau ada apa-apa implikasi selepas
itu kena tanggunglah.
“Pada pandangan saya, eloklah DAP ikut permintaan JPPM kerana negara
kita ada undang-undang. Apa yang hendak ditakutkan pada pemilihan semula
kalau tiada masalah dalaman,” katanya ketika ditemui pemberita di luar
persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul
Naim hari ini.
Jumaat lepas, Ketua Pengarah JPPM Datuk Mohammad Razin Abdullah
dilaporkan sebagai berkata jabatan itu akan mengeluarkan arahan meminta
DAP mengadakan pemilihan semula CEC kerana JPPM mendapati pelantikan 20
anggota CEC dan pemegang jawatan utama parti itu hasil pemilihan semula
pada 29 September 2013 tidak sah dari segi undang-undang.
DAP tidak perlu takut patuhi peraturan JPPM, kata PAS
Written By Wadah Baru on Rabu, 12 Julai 2017 | 9:39 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan