Home » , » Perjuangan Parti Amanah Negara Tetap Berfokus

Perjuangan Parti Amanah Negara Tetap Berfokus

Written By Wadah Baru on Ahad, 9 Julai 2017 | 12:05 PTG

Oleh Abu Firdaus 

Dalam menghadap sesuatu untuk menubuhkan Gerakan Harapan Baru yang kemudian menjadi parti AMANAH. Maka dalam AMANAH fokus ini terus dipertahankan. Setelah Pakatan Rakyat terurai kerana tindakan Pas, maka AMANAH terus menggerakkan penubu-han Pakatan Harapan supaya fokus perjuangan tidak hilang.

Walaupun Pas mahu terus berada dalam kerajaan Selangor sedangkan Pakatan Rakyat sudah tiada, AMANAH tetap menerimanya.

Walaupun pada sudut tertentu, kerajaan Selangor bukanlah kerajaan Pakatan Harapan sebenar kerana ia masih kerajaan Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan campur Pas, AMANAH lebih tumpukan fokus, iaitu menentang Barisan Nasional daripada sibuk berbalah sesama parti pembangkang.

Apabila Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ditubuhkan dan keadaan politik di mana terdapat banyak isu yang menarik perhatian, maka banyak kalanya seseorang itu boleh kehilangan fokus. Maka adalah perlu untuk sentiasa membetulkan fokus.

Dalam hal ini, pucuk pimpinan Parti Amanah Negara mempunyai fokus yang jelas. Penubuhan parti ini juga adalah hasil daripada kehadiran fokus ini. Terdapat sebab utama, dan banyak sebab mengapa kerajaan Bari-san Nasional perlu diganti. Perkara itu bukan hendak dibincangkan di sini.

Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah fokus telah dipilih dalam perjuangan ini, iaitu berusaha untuk menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Jadi apabila Pas kehilangan fokus ini, aktivis parti yang menyedari tentang fokus sebenar memilih menyertai Pakatan Harapan, AMANAH menerimanya walaupun parti itu terdiri daripada bekas pemimpin Umno yang pernah menjadi law-an politik pihak pembangkang.

Malah ada pemimpin AMANAH yang pernah menjadi mangsa kerajaan pimpinan tokoh yang sekarang sudah berada dalam PPBM.

Perjuangan ini bukan soal peribadi seseorang pemimpin, atau parti tertentu tetapi ia berkaitan dengan nilai dan tindakan. Fokus nilai dan tindakan tetap pada menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Pemimpin pemimpin PPBM pula bukan lagi anggota Umno, mereka telah bersama Pa-katan Harapan.
Begitu juga apabila timbul isu ca-lon perdana menteri dari Pakatan Harapan. Bagi banyak pendukung AMANAH, itu tidak menjadi isu atau masalah. Sebelum PPBM sertai Pakatan Harapan, ia tidak menjadimasalah.

Begitu juga semasa ada Pakatan Rakyat dan para pendukung AMANAH berada dalam Pas,keputusannya ialah Datuk SeriAnwar Ibrahim adalah calon per-dana menteri.

Sememangnya AMANAH dan DAP tidak mengemukakan calon perdana mentari dari parti masing-masing. Mereka menerima kedu-dukan politik yang buat masa ini tidak mengizinkan pemimpin me-reka menjadi perdana menteri. Dari DAP tentunya ada soal kaum.

Sementara AMANAH adalah parti baharu dan belum teruji, namun potensi parti itu adalah tinggi pada masa akan datang. Malah kedudu-kan AMANAH adalah lebih baik daripada Pas. Adalah sukar untuk orang bukan Islam menerima kepimpinan Pas.

Tetapi AMANAH berpotensi meraih sokongan se-mua rakyat Malaysia, tanpa men-gira anutan agama. Maka persaingan calon perdana menteri adalah antara Parti Ke-adilan Rakyat dan PPBM. Iaitu an-tara Anwar dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi kedua-duanya ada masalah iaitu Anwar beradadalam penjara, Mahathir meng-hadapi isu faktor usia, walaupun beliau masih aktif dan mampu memerintah. Sebagai lanjutan kepada Paka-tan Rakyat, maka Pakatan Harapan turut bersetuju menampilkan Anwar.

Itu yang dikehendaki oleh KeADILan dan dipersetujui oleh DAP dan AMANAH. Namun haki-katnya fokus sekarang adalah untuk memenangi pilihan raya dahulu. Mahathir telah menawarkan dirinya sebagai perdana menteri atas pertimbangan bahawa ke-pimpinannya akan memberi ke-menangan untuk menarik undi para penyokong Umno.

Suasana ini menimbulkan pertembungan antara KeADILan dengan PPBM. Tetapi kemudian Anwar menarik diri demi keutamaan fokus. Maka apabila KeADILan setuju, DAP dan AMANAH turut menerimanya. Ini kerana bagi AMANAH, usaha menggantikan kerajaan adalah fokus perjuangan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger