Kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie menyempurnakan gimik pelancaran
Kelantan International Bike Week di Kota Bharu semalam hangat
diperkatakan di media sosial.
Dalam program berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV,
Kota Bharu itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan,
Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilapor menyambut
ketibaan Awie bersama kumpulan penunggang motosikal Wing Motor Gang
Society.
Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat kerajaan negeri Kelantan
yang dikuasai Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan golongan
belia selain menunjukkan parti tersebut masih berpengaruh.
Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut hadir dalam
program yang sebelum itu menyaksikan kematian dua penunggang motosikal
selepas terlibat dalam kemalangan di Perak ketika dalam perjalanan
menuju ke majlis tersebut.
Pada masa sama, gambar Awie, 49, dalam suasana kelab malam juga
tersebar. Penyanyi lagu 'Sejati' dan 'Di Ambang Wati' sebelum ini pernah
didakwa sebagai pengusaha sebuah kelab malam di Ipoh, Perak.
Hal tersebut diakui bekas abang iparnya, Othman Misbun, 41, ketika
prosiding perbicaraan permohonan hak penjagaan (hadanah) kekal terhadap
tiga anak Awie dan bekas isterinya, Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi
Syariah Kuala Lumpur pada 13 Julai tahun lalu.
Menurut Othman, Awie mengusahakan pusat hiburan Malai Rock Station
Bistro yang turut menyediakan arak seperti kelab malam lain sejak
beberapa tahun lalu.
Turut dikongsi netizen adalah gambar Awie bersama Ketua Pemuda Umno,
Khairy Jamaluddin dalam sidang media mengumumkan pertandingan muzik BN
Youth Music 2011.
Pelakon lebih 30 filem tersebut sebelum ini umum dikenali sebagai artis yang kerap berada dalam program anjuran Umno-BN.
Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?
Written By Wadah Baru on Sabtu, 8 Julai 2017 | 2:13 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan