PETALING JAYA: PKR dijangka melakukan rombakan besar berhubung pembahagian kerusi untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Kwong Wah Daily memetik sumber dalam PKR sebagai berkata, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen
Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat parti itu sejak 1999.
Menurut akhbar berbahasa Cina itu, presiden PKR itu akan berpindah ke
Petaling Jaya Selatan, menggantikan penyandang Hee Loy Sian.
“Alasan untuk beliau berpindah ke kerusi itu kerana Dr Wan Azizah
perlu sentiasa melawat suaminya yang masih menjalani hukuman penjara 5
tahun di Sungai Buloh,” kata sumber itu merujuk bekas ketua pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan itu, Hee akan bertanding di kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) di Selangor yang akan membuka laluan kepadanya menjadi
exco, jika beliau menang.
Sumber itu mendedahkan kerusi Permatang Pauh akan kekal ditandingi
ahli keluarga Anwar, dengan anak sulungnya yang juga Naib Presiden PKR,
Nurul Izzah dijangka bertanding di sana.
Anwar pertama kali memenangi kerusi itu selepas menewaskan calon
Barisan Nasional pada 1982 dan berjaya mempertahankannya sehingga
sabitan rasuahnya pada April 1999.
Nurul Izzah ialah ahli Parlimen Lembah Pantai selama 2 penggal.
Menurut Kwong Wah Daily, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution
mungkin bertanding di kerusi DUN Pulau Pinang untuk membolehkannya
menjadi timbalan ketua menteri 1.
Saifuddin kini ialah penasihat strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Sumber memberitahu akhbar itu, Datuk Rashid Hasnon yang merupakan
timbalan ketua menteri 1 ketika ini, berhasrat bertanding di kerusi
Parlimen di Johor kerana beliau percaya tidak mendapat sokongan partinya
di Pulau Pinang dan tidak boleh terus memegang jawatan dalam kerajaan
negeri itu.
Sementara itu, seorang lagi bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau
Pinang yang juga Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman (ahli
Parlimen Nibong Tebal) dilaporkan akan kembali bertanding di Pulau
Pinang.
Pada 2012, Mansor didakwa mengkritik Lim sebagai “berlagak dan angkuh” dalam satu rakaman ucapannya yang didedahkan kepada umum.
Selain itu, 2 adun Pulau Pinang – Dr Norlela Ariffin (Penanti) dan Dr
Afif Bahardin (Seberang Jaya) mungkin bertanding di kerusi DUN
Selangor.
Sumber berkata, Norlela mungkin menggantikan Dr Wan Azizah di Kajang, manakala Afif pula tidak pasti akan bertanding di mana.
Langkah itu bersifat sementara kerana ia memerlukan kelulusan
Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin
Ali.
PKR Buat Rombakan kerusi utama untuk PRU14?
Written By Wadah Baru on Khamis, 6 Julai 2017 | 11:50 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan