Home » , » Rahsia Presiden PAN Bercuti Di United Kingdom

Rahsia Presiden PAN Bercuti Di United Kingdom

Written By Wadah Baru on Rabu, 5 Julai 2017 | 9:11 PG

Oleh Muhaimin Sulaiman

Orang politik tiada istilah bercuti kalau tinggal di tanahairnya sendiri. Sepanjang hidupnya adalah berkerja sebagai ahli politik. Makan, minum, tidur, bermain, shooping dan segala apa jua aktiviti adalah kerja politik. Antara cara untuk bercuti bagi ahli politik ialah masuk hospital atau pergi keluar negeri. 

Aku pernah jumpa almarhum Ust. Azizan Razak sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah. Aku jumpa almarhum di hospital tetapi di dalam wad itu, aku tengok almarhum biasa saja. Yb Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan kata Ust. Azizan Razak masuk hospital untuk rehat.


Satu cara lain ialah pergi keluar negeri. Ada budget sikit, pergilah ke Indonesia atau negara-negara Asia Tenggara. Ada modal lebih sikit, pergi Eropah atau Australia. Ada juga pergi buat umrah.

 Bertaubat kerana dah kelepet duit rakyat, menipu, sombong dsb. Ibadat di yanah suci ganjarannya seribu kali ganda. Pakai kopiah dan jubah putih berselfie untuk pikat pengundi. Sharelah ramai-ramai.Itulah cara orang politik bercuti. Itupun ada ramai orang kenal dan terpaksa melayan juga. Kerja ahli politik di Malaysia ialah melayan kehendak orang ramai. Mampus!

Sepanjang empat tahun aku duduk kat UK, ramailah pimpinan politik pembangkang dan kerajaan yang kutemui. Dari Tun Mahathir, Zahid Hamidi, Ust. Hadi Awang, Dr. Hasan Ali, Ust. Solehin Mukhyi, Salahudin Ayub, Nizar Jamaluddin, Zambry Kadir, Hanifa Maidin, Nasaruddin Tontowi, Dr. Rani, Dr. Maria Mahmud, Mahfuz Omar, Kamaruddin Jaafar, Dr Syed Azman, Ust. Mat Hussein dan ramai lagi yang aku tak ingat. Sebenarnya kebanyakan mereka ke UK hendak bercuti. Sebut pada orang kampong, hendak membuat lawatan bertemu para pelajar. Betullah tetapi sebenarnya lebih kepada hendak bercuti.

Biasanya masa bercuti diambil sewaktu sebelum atau selepas muktamar atau pilihanraya umum. Kalau kalah dalam PRU, bercutilah seminggu dua ke UK. Bawa hati luka. Memujuk jiwa.

Sepanjang tempoh aku di UK, ada dua kali Bang Mat ke rumah aku di Swansea. Rumah aku ada tiga bilik. Sewanya 500 pound sebulan. Terletak di Alexandra Road berhampiran dengan Universiti Swansea. Landlordnya ialah Brother Manan, seorang British keturunan Maldives. Dia juga imam di Swansea University Mosque. Sebelum itu, aku tinggal di Hanover Street berhampiran dengan Swansea city tapi jauh dari sekolah anak-anak aku. Rumah itu milik Bro. Kudus, peniaga restoran masakan Asia. Beliau seorang British yang berketurunan Bangladesh.

Sekali bang Mat pergi ke rumah aku bersama seorang kawannya, Roslan Temerloh. Sekali dengan Kak Normah, arwah Aziz dengan isterinya. Setiap kali ke London, pasti Bang Mat call aku. Seingat aku sekali lagi kami jumpa di London. Jarak Swansea ke London jauh. Kira-kira 340 km atau 5 jam perjalanan berkereta. Jarang orang pergi ke Swansea. Swansea ini kira-kira macam Ulu Benut (ini istilah Prof. Dr. Hamirthin Ithnin semasa mengajar aku di UM dulu)

Bang Mat tumpang tidur kat rumah kami. Kat rumah kami, Bang Mat masak nasi Arab dengan kambing. Bang Mat akan ajak aku pergi kedai halal untuk cari daging kambing atau biri-biri serta barang keperluan memasak. Bang Mat tak kasi aku bayar. Bang Mat kata, ‘Hiss tak payah, biar Bang Mat yang bayar. Hang pun bukan ada duit sangat pun’. Memanglah time tu memang marahean sungguh aku.

Bang Mat masak sendiri. Aku, isteri dan anak-anak aku hanya tolong sikit-sikit. Bang Mat suruh aku panggil budak-budak Malaysia yang ada di Swansea dan Lampeter untuk makan sekali. Akupun call, ramailah yang datang nak jumpa Bang Mat. Bang Mat bersembang dengan kami semasa makan-makan secara santai. Tentulah cerita politik. Bang Mat pesan agar kami pulang nanti bawalah nilai-nilai Barat yang baik untuk dipraktikkan di tanahair. Dia tak cakap pun agar mereka sokong pembangkang.

Semasa Bang Mat sampai di rumah aku pada waktu malam, Bang Mat tidak tidur. Dia ‘jet leg’. Malam itu dia masak sendiri kat dapur rumah. Sebelum kami tidur, dia kata nak masak air. Akupun tidak kisah. Esok pagi, Bang Mat dah siapkan sarapan pagi kami! Bang Mat tau di mana kami letakkan kopi, teh, gula, roti, rempah ratus. Bang Mat buat macam rumah sendiri. Memang power! Selepas kami balik ‘for good’, Bang Mat janji nak masak di rumah aku di Teluk Intan. Memang dia tunaikan janji itu beberapa tahun lalu.

Di Swansea, aku bawa pergi jalan-jalan naik kereta Renault Magane aku. Kawan aku dari Sabah, bermurah hati bawa satu kereta untuk bawa Aziz dan isterinya. Di UK, sebuah kereta tidak boleh lebih muatan. Jika untuk empat orang, jangan lebih empat orang. Bang Mat bayarkan petrol kami.

Sepanjang jalan, Bang Mat sembang impiannya nak jadi nelayan cari ikan di laut Inggeris. Macam dia dah give up jadi ahli politik. Ramai ahli politik asyik jaga kepentingan diri sendiri saja. Kuatkan pengaruh, tambah harta, tambah bini dsb.

Mula-mula aku ajak Bang Mat, arwah Aziz, Kak Normah dan isteri arwah Aziz ke Outlet Bridgend, iaitu kira-kira 30 minit daripada rumah aku. Aku ajak shopping kedai Clark, Mark & Spencer, Next, Primark, Sportworld dan sebagainya. Outlet Bridgend memang menawarkan harga yang reasonable untuk kami boleh beli. Discountnya banyak. Itupun Kak Normah merungut mahal. Memanglah mahal kalau pakai duit Malaysia. Sebenarnya harganya sangat murah jika berbanding harga di Malaysia.

Aku tengok bang Mat tak beli apa-apapun. Bang Mat temankan Kak Normah shopping. Kalau kat Malaysia, mereka tidak sempat berdua-duaan begini. Sesekali aku biarkan mereka jadi seperti belangkas.

Aku juga ajak pergi ke pelabuhan Swansea dan bawa sekitar kedai-kedai jual ikan segar. Jarang aku beli ikan segar. Mahal. Aku bawa tengok kapal layar yang diparking di situ. Memang tidak mampu beli. Tetapi sekurang-kurangnya mampu melihat kemewahan dengan mata sendiri.

Bang Mat minta aku bawa ke kedai untuk minum-minum kopi. Aku bawa Bang Mat ke Mumbles, sebuah pekan kecil 10 minit daripada rumah aku. Di situ ada restoran Itali. Dia order kopi. Aku order coklat. Sembang-sembang. Sepanjang aku di UK, tidak pernah sekalipun Bang Mat buat pengisian kepada para pelajar dalam program tarbiyah Hizbi walaupun pada masa itu Bang Mat adalah pimpinan atasan PAS. Sekarang baru aku faham mengapa hal ini berlaku. Ia bukan secara kebetulan tetapi satu perancangan yang panjang dan cukup teliti.

Pimpinan yang datang atas jemputan Hizbi (nama lama) akan diurus semua perbelanjaan. Kami para pelajarlah yang menampung sebahagian daripada perbelanjaan mereka sepanjang di UK. Bagi golongan yang sudah berkerja, mereka lebih berkemampuan memberi sumbangan yang lebih.


Begitulah jihad kami ketika itu.

Aku pernah ditugaskan mengiringi beberapa pimpinan PAS termasuklah Ustaz Hadi sendiri. Pada aku itupun satu pengiktirafan dan penghormatan buat aku. Aku bawa Ustaz Hadi cari kedai pancing.

Nasib baik, tidak jauh kami berjalan kami jumpa kedai tersebut. Dibelek-belek peralatan memancing, jaket, khemah dan sebagainya. Ustaz Hadi kata, semua barangan Cina. Dalam otak aku, barangan Cina mesti tak bagus punya. Memang dasar Cina hmm mm. Kekok berjalan dengan Ustaz Hadi. Kena sopan dan skema sepanjang berjalan dengannya. Tak boleh loklak. Sepatah Ustaz Hadi tanya,sepatah aku jawab. Begitulah adabnya aku bersama ulama.

Bang Mat Sabu datang ke UK, tiada pelajar yang akan menanggung perbelanjaannya di UK. Bang Mat lebih suka bersembang santai daripada memberi ceramah walaupun pidatonya hebat. Bang Mat ajak jumpa Raja Petra di Manchester tetapi aku tidak dapat nak datang ke situ. Aku tunggu Bang Mat di London saja. Di London, bang Mat duduk di hotel budget dekat stesyen keretapi St. Pancras. Beli kebab dan burger orang Turki di tepi jalan. Pernah sekali Bang Mat minum di restoran agak standard.

Minumlah secawan kopi sambil merasa hidup seperti orang putih. Tetapi harganya mahal gila sampai menyumpah-yumpah Bang Mat. Depa pun bukan tahu, kita orang menyumpah guna bahasa Melayu!
Aku sedang menagih janji dengan Bang Mat Sabu untuk pergi round ke Cuba suatu hari nanti. Tunggulah nanti PRU ke 14 kalau PH bungkus, kami akan bercuti ke Cuba, ziarah kubur Che Guevara!

Aku cuba cari gambar aku bersama Bang Mat Sabu semasa di sana. Sayangnya aku tak jumpa. Aku hanya ada simpan gambar rumah kami di Alexandra Street. Itulah rumah Bang Mat dan Kak Normah menginap.
 
DAPATKAN BERITA BERITA PANAS DI http://akhbarrakyat.blogspot.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger