Kerajaan Persekutuan diminta memberikan peruntukan segera terhadap
janji pelaksanaan projek tebatan banjir dan mengurangkan risiko banjir
di Pulau Pinang.
Bekas Speaker Dun Pulau Pinang Datuk Abdul Halim Hussain berkata,
amat dikesalkan sebagai sebuah negeri yang menyumbang purata RM7 billion
cukai tahunan kepada Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak
di peruntukkan belanjawan yang munasabah bagi pembangunan negeri itu.
Ini ujarnya, termasuk pengurusan dan pemeliharan alam sekitar,
pengurusan banjir dan pembangunan yang seimbang sepatutnya menjadi fokus
dan tanggungjawab kerajaan supaya rakyat hidup dalam keadaan tenang
tanpa memikirkan risiko untuk menghadapi bahaya banjir yang boleh
memusnahkan kehidupan mereka.
“Dalam keadaan ekonomi negara yang meleset dan kos sara hidup yang tinggi bencana banjir ini menambah beban penderitaan rakyat.
“Bantuan adalah mekanisme yang terbaik untuk mempastikan kebajikan
mangsa dapat dibela dengan baik. Mangsa banjir mengalami trauma
kehilangan dan kemusnahan harta benda dan lebih teruk lagi kehilangan
punca rezeki akibat kerosakan oleh banjir.
“Fokus pimpinan dan kerajaan yang sepatutnya ialah menyalurkan
bantuan segera kepada mangsa banjir di dalam apa jua bentuk. Ini bukan
kali pertama banjir berlaku di Pulau Pinang dan negeri-negeri di seluruh
negara,” ujarnya.
Beliau mengulas kejadian banjir kilat yang berlaku di Pulau Pinang
dan sebahagian negeri Kedah dan Perlis yang berlaku baru-baru ini.
Kawasan teruk dilanda banjir adalah di Arau di Perlis, Kota Setar,
Kuala Muda dan Kubang Pasu di Kedah serta Daerah Baratdaya Balik Pulau,
Georgetown dan sebahagian besar Seberang Perai, Pulau Pinang.
Justeru katanya lagi, dalam menghadapi musibah banjir yang menimpa,
pelbagai perkara boleh dilakukan sama ada terus memberi bantuan atau
mencari kesalahan orang lain.
Dengan tawaran Kerajaan Pulau Pinang untuk membina semula rumah
kepada mangsa dengan bantuan kecemasan RM400 seperti yang diumumkan oleh
Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 23 September lalu, ujarnya turut
membabitkan bantuan kecemasan daripada kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan Umnop BN pula menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang bahawa peruntukkan RM2.6 bilion sejak 2006 hingga 2020 di bawah
RMK9 ke RMK11 untuk projek tebatan banjir tidak dibelanjakan dengan
betul menambah kemarahan rakyat.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menjawab bahawa peruntukkan RM2.6
bilion yang disebut itu tidak benar kerana telah dipinda dan
dikurangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Hanya RM443 juta peruntukan Kerajaan Persekutuan telah dibelanjakan
oleh Kerajaan Negeri daripada RM461 (jumlah yang dipinda) sungguhpun
RM2.6 bilion yang telah dijanjikan,” terangnya.
Abdul Halim yang juga Ketua Cabang PKR Balik Pulau menambah, dengan
hanya menuding jari, menuduh secara keterlaluan dan repot polis ke atas
Kerajaan Negeri tidak akan mengubah keadaan sedangkan rakyat akan terus
dihimpit dengan kesusahan.
“Apa yang diperlukan adalah idea solusi dan bukannya menjadikan musibah banjir sebagai bahan politik,”tegasnya.
Beliau dipercayai merujuk kepada tindakan Pas Pulau Pinang pada Rabu
lalu membuat laporan polis berkaitan tidak puashati dengan bantuan
banjir oleh kerajaan pimpinan DAP di negeri itu yang dianggap sebagai
‘pilih bulu’.
Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa gagal mengawal
penggondolan bukit dan merangka pelan pembangunan kawasan lereng menjadi
punca banjir kilat kerap melanda negeri itu.
Pengerusi Pas Tanjong, Yacoob Osman berkata, kerajaan negeri dianggap
penyebab penduduk yang menetap di kawasan rendah terjejas akibat
masalah banjir kilat yang melanda kebelakangan ini.
Home »
artikel
,
Berita
» Musibah banjir jangan dijadikan bahan politik, kata bekas Speaker Dun Pulau Pinang
Musibah banjir jangan dijadikan bahan politik, kata bekas Speaker Dun Pulau Pinang
Written By Wadah Baru on Khamis, 28 September 2017 | 8:47 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan