PILIHAN raya umum dijangka diadakan pada Mac atau April 2018 kerana
Perdana Menteri Najib Razak mahu memberikan “gula-gula” pilihan raya
ketika Bajet 2018.
Penganalisis dipetik South China Morning Post
berkata dasar mensasarkan penduduk Melayu luar bandar, penjawat awam
dan belia yang dirangkumkan dalam bajet hanya akan berkuatkuasa tahun
depan.
Ini termasuklah bonus kepada penjawat awam, bank undi utama Barisan Nasional (BN) yang akan diedarkan pada Januari.
Perdana menteri juga boleh menggunakan pertumbuhan ekonomi yang
positif, dengan pertumbuhan ekonomi terpantas kadarnya sejak dua tahun
lalu pada suku kedua tahun ini yang berkemungkinan besar dicerminkan
melalui KDNK suku keempat nanti.
Wujud juga spekulasi lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping yang
dikatakan berlaku pada November, selepas kongres Parti Komunis China
Oktober depan.
Ini mungkin membuka peluang pelaburan bernilai jutaan ringgit dari
China yang boleh membantu Najib meraih lebih banyak undi pada pilihan
raya umum yang dianggap terpenting dalam sejarah ini.
Beberapa faktor juga meningkatkan kemungkinan pilihan raya hanya akan
berlaku pada Mac atau April tahun depan termasuklah musim hujan yang
berlaku ketika ini menyebabkan kempen dan pengundian tidak dapat
dijalankan kerana banjir.
Peperiksaan SPM dan STPM juga menjadikan sekolah tidak dapat menjadi pusat pengundian.
Najib juga dijangka menggunakan sentimen baik masyarakat Cina selepas perayaan Tahun Baru Cina pada Febuari depan.
Penganalisis juga berpendapat yang perdana menteri mahu mengadakan
pilihan raya sebelum pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim boleh
mendapatkan pembebasan awal yang dijangka berlaku pada April.
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas dakwaan
liwat kali kedua boleh membantu pembangkang dengan karisma dan kepaduan
ceramahnya
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan