Home » , » Selepas ribut, program Pas gempar diganggu dentuman guruh

Selepas ribut, program Pas gempar diganggu dentuman guruh

Written By Wadah Baru on Sabtu, 30 September 2017 | 2:40 PTG

Genap lima bulan selepas Muktamar Tahunan Pas di Kedah dilanda ribut sehingga mencederakan 19 orang awam, himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus malam tadi pula diganggu dentuman kuat guruh berserta hujan lebat.

Bekalan elektrik kemudiannya tiba-tiba terputus ketika Ketua Penerangan Pas Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berucap kira-kira jam 10.50 malam.
Exco kerajaan negeri Kelantan itu dikatakan sedang menjawab dakwaan Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa berhubung kerjasama Pas dengan BN.

Menurut Nassuruddin yang digelar sebagai ‘singa Pas’ oleh pengerusi majlis, parti itu “tidak sepatah pun” membincangkan kerjasama dengan BN.

“Dia (Husam) kata Pas berbincang nak berpakat dengan Umno, nak masuk BN, padahal dalam program (berkenaan) sepatah pun tak bincang hal berpakat dengan Umno,” dipetik dari Malaysiakini.

Pada masa sama, angin kencang bertiup bersama hujan serta kilat sebelum bekalan elektrik terputus selepas berlaku dentuman guruh yang kuat.

Situasi kelam-kabut termasuk jeritan kanak-kanak berlaku kira-kira 10 minit sebelum kembali pulih.
Ekoran itu, Nassuruddin kemudiannya memimpin bacaan doa memohon perlindungan Allah daripada kejadian tidak diingini.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengakui himpunan Fastaqim 2.0 itu bagi menunjukkan Pas kuat dan bermaruah.
Menurutnya, pihak yang menghina Pas dengan menganggap parti itu lumpuh sebaliknya terdiam melihat himpunan sama di Kota Bharu pada 2015 mendapat sambutan ramai.

“Himpunan besar ini adalah yang kedua diadakan selepas di Kota Bharu dahulu. Ianya berkenaan maruah, bagi dipertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Pas adalah sebuah parti yang mempunyai kekuatan tersendiri yang memiliki maruah yang sangat tinggi.

“Ada penghina-penghina Pas dahulu mengatakan bahawa Pas sudah lumpuh dengan keluarnya beberapa pemimpin yang berkhianat dengan Pas.

“Namun dengan kehadiran 100,000 orang di Kota Bharu ketika itu, ia sekali gus mendiamkan pembenci-pembenci Pas, tersungkur menelan kata-kata mereka kembali,” tegas Ustaz Mohd Nor lagi dipetik dari Harakahdaily kelmarin.

Pada 29 April lalu, ribut pada 7.30 malam di tapak ekspo sempena Muktamar Pas ke-63 menyaksikan 19 orang awam tercedera termasuk kanak-kanak akibat dihempap khemah yang runtuh selain menerbangkan beberapa khemah Kelab Usahawan Haraki Pas.

Angin kencang selama kira-kira lima minit kemudiannya menyebabkan satu khemah jenis Halfmoon berukuran 24 meter panjang x 60 meter lebar sempena muktamar tersebut runtuh.

Akibatnya, semua aktiviti pada malam berkenaan di Kompleks Pas Kedah Kota Sarang Semut itu dibatalkan dan bersambung keesokan paginya.<

1 ulasan:

  1. Di iraq, kirkuk Babi hutan menyerang 3 anggota Isis Dan mereka mati 5 cedera ,

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger