Ketua Amanah Kawasan Marang Miqdad Zakaria seolah-olah membayangkan
beliau berkemungkinan akan menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-14
akan datang.
Walaupun pernah dilaporkan sebelum ini beliau keberatan untuk
bertanding melawan bapa saudaranya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi
Awang di Marang pada PRU14, namun beliau juga tidak menyatakan hasrat
untuk tidak bertanding di mana-mana kawasan sekiranya ditawarkan.
Menerusi statusnya di laman facebook hari ini, beliau memberikan
respon terhadap muka hadapan akhbar Sinar Harian yang memaparkan tajuk
utamanya: ‘Anak Saudara Cabar Hadi’?,
Miqdad berkata, mana-mana calon yang bertanding perlu laksanakan
tanggungjawab kepada rakyat sekiranya berlaku pertembungan antara
Pakatan Harapan, Pas dan BN ia sebagai tiga blok berasingan itu.
“Kalau bertembung tu bertembunglah nak buat macam mana? Pakatan Harapan, Pas dan BN adalah 3 blok berasingan.
“Tanggungjawab calon adalah terhadap rakyat dan kerja tu kena juga buat.
“Sesiapa yang bertanding tu kena laksanakan,” ujarnya.
Miqdad dipetik pernah berkata pendiriannya untuk tidak menjadi calon
PRU14 jelas walaupun Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang tidak
mempertahankan kerusi sama.
Anak saudara Hadi beri bayangan kesediaan menjadi calon PRU14
Written By Wadah Baru on Khamis, 25 Januari 2018 | 11:51 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan