Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mempersoalkan
rasional campur tangan pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam siasatan
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPR) yang masih berjalan.
Siasatan SPR membabitkan projek tiga lebuh raya dan terowong bawah laut di negeri itu.
“Mengapa pemimpin BN campur tangan dalam siasatan SPR yang masih berjalan dengan membuat pelbagai kenyataan?
“Biarkan SPR buat kerja dia, soal siapa dia suka, panggil sesiapa yang patut.
“Barangkali SPR perlu panggil pemimpin-pemimpin BN memandangkan
mereka mempunyai banyak maklumat bagi membantu siasatan,” kata beliau
semalam menurut laporan yang disiarkan dalam Facebook rasmi Ketua
Menteri Lim Guan Eng.
Kata beliau, jangan bazirkan maklumat daripada Wee Ka Siong, Teng Chang Yeow atau yang lain.
“Dengan cara ini siasatan boleh diselesaikan cepat, dakwa mereka yang terlibat jika ada kes.
“Jika tiada kes, tutup perkara itu dan biarkan projek berjalan,” kata
Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir itu.
SPR panggil saja pemimpin BN, mereka punya banyak maklumat
Written By Wadah Baru on Rabu, 31 Januari 2018 | 11:01 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan