BARISAN Nasional (BN) akan berdepan tentangan sengit pembangkang di
Johor, Kedah dan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata badan
tinjauan bebas Merdeka Center.
Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata ini kerana di
ketiga-tiga negeri ini pertembungan tiga penjuru tidak begitu memberikan
kelebihan kepada BN.
“Sabah akan menjadi kompetitif disebabkan pertembungan tiga penjuru memberikan kesan berbeza di sana.
“Di Sabah terdapat parti tempatan, parti nasional, gabungan
pemerintah, jika terdapat persefahaman antara satu sama lain, PRU14 akan
menjadi kompetitif di sana,” kata Ibrahim pada forum bertajuk “GE14:
The polls, the meaning, the stakes” di Petaling Jaya malam tadi.
Di Sabah, parti pembangkang seperti Pakatan Harapan (PH), Warisan dan Parti Cinta Sabah (PCS) sedang dalam rundingan untuk bekerjasama bagi melawan BN pada PRU14.
Bulan lalu kajian Merdeka Center mendapati pertembungan tiga penjuru antara BN, PH dan Gagasan Sejahtera pimpinan PAS akan memberikan kelebihan kepada gabungan pemerintah itu.
Ibrahim berkata bagi Johor, secara tradisinya PAS
sememangnya lemah di negeri itu dan pertembungan tiga penjuru tidak
memberikan banyak kesan kepada PH.
“Johor adalah menarik kerana PAS secara relatifnya lemah di sana.
“Jika kempen dan pembinaan naratif berjaya dilakukan di Johor, ia
mungkin akan mengubah keputusan memihak kepada pembangkang, tetapi masa
sudah semakin singkat,” katanya.
Johor merupakan negeri kelahiran Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin
yang dipecat dari Umno kerana kelantangannya mengkritik skandal
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ibrahim berkata di Kedah, pengerusi dan calon perdana menteri PH, Dr Mahathir Mohamad mempunyai pengaruh yang sangat besar.
“Cuma persoalannya apakah pengaruh besar itu akan diterjemahkan kepada undi,” katanya.
Kedah merupakan negeri asal Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003.
Pada PRU13, BN berjaya merampas semula negeri itu daripada PAS di
bawah pimpinan anak Dr Mahathir, Mukhriz yang menjadi menteri besar
Kedah selepas itu.
Pada 2016, walaupun Mukhriz merupakan menteri besar Kedah yang popular, beliau terpaksa meletakkan jawatan selepas Umno negeri tidak lagi menyokongnya kerana mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dalam isu 1MDB.
Ibrahim berkata pada ketika ini, majoriti rakyat sudah membuat keputusan tentang siapakah yang bakal mereka undi pada PRU14.
“Pada pandangan saya berdasarkan data yang kita ada, majoriti
pengundi sudah membuat keputusan dan cuma menunggu Parlimen dibubarkan.
“Cuma tinggal sebahagian kecil pengundi atas pagar yang masih belum membuat keputusan.
“Tetapi jumlah pengundi yang belum membuat keputusan ini masih kecil
berbanding jumlah yang diperlukan sesetengah gabungan untuk memberikan
impak yang besar,” katanya.
BN berdepan tentangan sengit di 3 negeri dalam PRU14
Written By Wadah Baru on Jumaat, 9 Februari 2018 | 10:10 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan