Home » , » Bekas ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB

Bekas ketua Pemuda PAS Melaka keluar parti, sertai GHB

Written By Wadah Baru on Selasa, 11 Ogos 2015 | 2:55 PTG

Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata tindakannya keluar PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya tersasar daripada perjuangan asal Pakatan Rakyat (PR).

"Banyak isu (dalam PAS) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan PR.


"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru (GHB) kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya kepada pemberita di Melaka, hari ini. Jauhar, 40, menjadi ketua Pemuda PAS Melaka antara 2013 hingga pemilihan PAS tahun ini dan ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil antara 2011 hingga 2013.

Beliau merupakan ahli PAS yang pertama di negeri ini yang mengumumkan keluar parti dan menyertai GHB.

Pada 4 Ogos lepas, bekas pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Adly Zahari mengumumkan menyertai GHB dan bertindak sebagai koordinator GHB Melaka, bagaimanapun beliau tidak mengisytiharkan keluar PAS. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger