1. Kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor yang menolak sebarang rundingan dengan parti Islam baharu adalah pra-matang dan tidak melambangkan kebijaksanaan yang sejajar dengan usia parti yang diwakilinya.
2. Gerakan Harapan
Baru tetap percaya bahawa muafakat politik adalah kunci penting membina
negara yang berupaya membela rakyat, menyebarkan kebaikan, dan mendapat
redha Allah. Politik angkuh yang menolak rundingan adalah amalan politik
usang yang tidak lagi relevan dengan tuntutan semasa.
3. Dinamika politik negara bergerak cepat dan rakyat bakal menerima kesannya, baik atau buruk. Pemimpin politik perlu bersikap lebih bertanggungjawab dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara, mengatasi kepentingan dan ego kelompok. Gabungan pembangkang mesti diperkukuh melalui muafakat dan rundingan bagi terus mendokong harapan rakyat yang mahu melihat gabungan politik alternatif yang kuat dan bersatu.
4. Parti Islam baharu akan meletakkan calon-calon untuk bertanding dalam pilihanraya berasaskan muafakat bersama gabungan baru pembangkang, kajian tentang keupayaan parti serta kecenderungan pengundi, dan perbincangan dengan pelbagai pihak. Keputusan yang bakal diambil akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai faktor utama.
Sekian.
Amanah. Progresif. Peduli.
Jamzuri Ardani
Pengarah Komunikasi
Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor.
25 Ogos 2015.

0 ulasan:
Catat Ulasan