Oleh Muhammad Syafiq Azmi
Semua maklum warna adalah elemen penting dalam kehidupan kita. Masakan tidak, warna-warna yang ada membawa pelbagai maksud dan makna tersendiri.
Baru- baru ini satu himpunan besar di adakan di ibu negara. Perhimpunan BERSIH 4.0. ini diadakan adalah bertujuan untuk menuntut antaranya sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
Mereka mengunakan warna kuning sebagai simbol dan tema gerakan ini. Disertai oleh pelbagai kaum tanpa mengira apa bangsa mereka. Secara jelasnya mereka membawa suara kebanyakan rakyat Malaysia. Mereka juga dengan terbuka mengutuk kepimpinan Najib Razak.
Warna kuning ialah warna yang sering dikaitkan dengan kebahagian dan keamanan. Kuning juga melambangkan kerabat diraja dalam banyak kebudayaan termasuk kebanyakan negara di Asia Tenggara.
Namun untuk bersaing dengan gelombang baju kuning, telah wujud satu kumpulan yang mengelarkan mereka dengan nama baju merah yang akan mengadakan himpunan pada Hari Malaysia. Namun ia berbeza dengan gerakan baju kuning kerana ia adalah himpunan atas tujuan perjuangan satu bangsa iaitu melayu.
Antara tujuannya adalah untuk mempertahankan perdana menteri Najib Razak yang sedang dikritik hebat. Ia juga bakal menjadi platform memperlihatkan sokongan melayu kepada Najib.
Himpunan BERSIH dibarisi pimpinan hebat negara. Dihadiri oleh Ketua Pembangkang Malaysia, dan Ketua bagi parti dan ngo, ia dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan ia benar-benar diterjemahkan dalam perhimpunan tersebut. Hasilnya perhimpunan itu sangat berjaya.
Inilah yang perlu dibuktikan oleh himpunan baju merah, apa tujuan mereka. Jika himpunan ini untuk mempertahankan Najib Razak, Perdana Menteri itu perlu hadir bersama. Jika tidak himpunan itu akan dilihat gagal. Persoalannya adakah Najib Razak berani untuk bersama himpunan baju merah?
Konklusinya, rakyat sedang menilai. Tindakan gerakan ini bukan sekadar memenuhi masa luang. Ia adalah hak untuk semua menyatakan rasa. Berhimpun tidak salah, bersuara juga tidak bersalah kerana ia dijamin perlembagaan.
Progresif. Amanah . Peduli
Muhammad Syafiq Azmi
Setiausaha Politik Pengerusi AMANAH NEGARA Negeri Melaka
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan