Home » » Pandangan ulamak hadith Pakistan tentang bai'ah taklik talak 3 thdp isteri.

Pandangan ulamak hadith Pakistan tentang bai'ah taklik talak 3 thdp isteri.

Written By Wadah Baru on Ahad, 6 September 2015 | 2:31 PTG


Maulana Khalilur Rahman - umur -+ 80 tahun. Ulamak/ahli hadith Pakistan. Menghafal Sahih
Muslim dan menghafal kebanyakan hadith dlm kitab Muwattha' Imam Malik.

Beliau berpandangan tidak jatuh talak 3 thdp isteri bila wakil rakyat Pas keluar dr Pas kerana :

1. Taklik mestilah dilafazkan antara suami dgn isteri. Contohnya jika suami kata kpd isterinya jika kamu keluar rumah tanpa kebenaran aku maka jatuh talak, dan isterinya memang mendengar dan memahaminya. Maka jika si isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami, memang jatuh talak sbgmana disebutkan ttg kisah Ibnu Umar dlm Sahih Bukhari.

Dlm kes wakil rakyat Pas, baiah/taklik dibuat antara suami dgn pihak ke3 iaitu parti Pas bukan dgn si isteri. Maka usul taklid sudah tersasar. Bai'ah taklid itu sudah tidak ada kaitan dgn si isteri. Maka baiah ini tertolak dan tidak timbul isu talak thd isteri.

2. Bai'ah yg dibuat oleh Pas adalah bai'ah yg mungkar kerana menjadikan isteri sbg bahan pertaruhan dan ini merupakan satu penganiayaan thdp kaum wanita. Islam mengharamkan kezaliman.

3. Di zaman Rasulullah telah ada bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat. Tidak ada satu tuntunan pun drp nabi dan para sahabat berhubung dgn bai'ah memperjudikan nasib isteri untuk dijatuhkan talak. Sesiapa shj yg ingin membuat bai'ah perlulah merujuk kpd tuntunan bai'ah yg dibuat oleh nabi dan para sahabat.

4. Di zaman rasulullah bai'ah yg wujud adalah bai'ah di antara rakyat n pemimpin yakni bai'ah berbentuk ketaatan kpd amirul mukminin yg
memerintah daulah islam.

Pas bukanlah kerajaan islam dan pemimpinnya bukanlah amirul mukminin.

5. Wafatnya Rasulullah memberi kefahaman bahawa Islam itu sudah lengkap dan sempurna. Membuat bai'ah yg mempertaruhkan isteri sebagai bahan talak yg tidak pernah disyariatkan merupakan syariat baru yg dibuat oleh Pas.

6. Kesimpulannya tidak jatuh talak dan memadai baiah/ sumpah tsbt ditebus dgn membayar kafarah.
Adapun berhubung dgn laknat Allah pula, perlu dilihat kpd tindakan wakil rakyat yg keluar parti. Andaikata tindakan mereka selepas keluar parti ke arah melawan gerakan Islam dan menyokong kezaliman, maka itu antara dia dgn Allah. Tidak mustahil Allah akan melaknat mereka. Tapi kalau beliau loncat parti kemudian terus memperjuangkan Islam melalui wadah yg berbeza, itu tiada masalah dan insya Allah tiada laknat Allah terhadap mereka kerana memperjuangkan Islam itu tidak semestinya melalui parti Pas semata-mata.

7. Beliau juga meminta kita agar tidak mengaitkan isu bai'ah ini dgn TGNA krn beliau sudah meninggal dunia. Sebaliknya kita dianjurkan agar sama2 berdoa agar Allah swt mengampunkan beliau krn sebagai manusia yg tidak maksum sudah pasti tidak lari drp melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan.

8. Akhir sekali beliau berpesan agar pendokong gerakan Islam khususnya ahli-ahli Pas tidak menjadikan pemimpin mereka spt pendita-pendita yahudi, di mana mereka tahu dan nampak pemimpin mereka membuat kesalahan tetapi mereka masih tetap mengikut membuta tuli tanpa membuat sebarang teguran.

Contohnya dlm kes bai'ah , ada pemimpin Pas mengatakan mereka sengaja tidak memecat pemimpin Pas yg menang dlm praya dan keluar drp Pas supaya mereka membuat pilihan samada nak kekal dlm Pas ataupun keluar parti dan jatuh talak 3 thdp isteri.

Kalau mereka pecat sudah tentu pemimpin ini terlepas drp terkena jatuh talak 3 thp isteri. Ini merupakan suatu kesalahan yg dlakukan oleh pemimpin, ttp pengikut masih tetap setuju dan berwalak kpd pemimpin tsbt tanpa dibuat sbrg teguran.

-maklumat ini ana peroleh drp sahabat/guru ana yg menelefon terus gurunya ini di Pakistan berhubung dgn isu ini semalam..

1 ulasan:

  1. Dari mana sumber artikel ini? Membicarakan hukum kita perlu pastikan sumbernya. Saya dapati diblog lain telah keluarkan artikel begini lebih awal dari yg ini. Adakah ini juga ambilan dari situ? Kenapa tuan tidak letakan link sumber artikel ini?

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger