Parti AMANAH NEGARA telah dilancarkan dengan jayanya semalam. Ia menambah koleksi parti politik di Malaysia. Berbagai ramalan dibuat mengenai jangka hayatnya, namun, segala galanya dalam pengetahuan Allah jua.
Terima kasih atas semua komen terhadap penyertaan saya di dalam Parti AMANAH NEGARA. Saya amat menghargainya, juga sebagai medan muhasabah untuk bekerja lebih kuat demi perjuangan yang suci dan murni. Kekalkan ukhuwwah seperti sedia kala. Berjiwa besar dengan setiap teguran. Saya tidak berhasrat menjawab kritikan dan komen, ia tiada kesudahannya. Sambil menyedari, sebagai manusia biasa, tentu sekali saya banyak kelemahan dan cacat cela.
Selain Parti AMANAH Negara yang saya pilih sebagai wadah politik, Ngo
ANAK akan terus fokus sepertimana visi dan misinya. Pejabat pentadbiran
di Ukay Perdana, menangani isu isu utama seperti FGV, KPF, perumahan Gen
2, Kadar Perahan Gred, kos tanam semula, saman peneroka di Mahkamah
dll.
ANAK sedang mempertimbangkan melalui perbincangan dengan berbagai pihak untuk mengadakan himpunan aman di hadapan pintu masuk bangunan Parlimen pada sidang Dewan Rakyat oktober ini mengenai isu kejatuhan harga komoditi. Ia sebagai salah satu usaha menangani isu kejatuhan komoditi sawit dan getah yang sudah berlarutan beberapa tahun kebelakangan ini. Kesan atas rakyat sangat dirasai.
ANAK akan meneruskan engagement dengan tokoh tokoh negara dan masyarakat seperti mana pertemuan terdahulu dengan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Kadir Syeikh Fadhir dan Tan Sri Syed Hamid Albar. Ia bukan sahaja ruang bertukar pandangan, tetapi dokongan bersama menyelamatkan institusi orang melayu seperti Felda yang berada pada tahap membimbangkan.
ANAK sedang menunggu kelulusan atas permohonan menubuhkan koperasi Anak Anak peneroka. Mesyuarat Agung telah diadakan, hanya sijil kelulusan sahaja belum diperolehi. Baru baru ini, saya mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Koperasi Ukhwah, Dato' Mustapha Kamal Maulut, bagi menimba pengalaman dan membuka ruang kerjasama.
Meskipun kita berbeza wadah perjuangan, tetapi gerakerja untuk menjatuhkan Kerajaan Korup BN dalam Pru 14, adalah cita cita bersama.
Berfikiran positif, memandang kehadapan dengan gagasan besar!
Semoga usaha kita di berkati Allah
AMANAH, PROGRESIF, PEDULI

0 ulasan:
Catat Ulasan