Home » » Anuar Musa Jangan Ikut Jejak Langkah Yahudi

Anuar Musa Jangan Ikut Jejak Langkah Yahudi

Written By Wadah Baru on Jumaat, 18 September 2015 | 2:39 PTG

Oleh Wan Ji bin Wan Hussin

1. Dalam al-Quran digambarkan kalangan yang mengagamakan bangsa adalah yahudi. Justeru, Anuar Musa tidak perlu mengikut jejak langkah Yahudi terutama apabila boleh merosakan imej Islam.

2. Di Malaysia, terdapat pelbagai agama yang dianuti, seperti hindu, buddha, kristian termasuk agama Islam. Semua agama-agama ini tidak menyeru kepada perkauman. Justeru, Anuar Musa mengaitkan Islam dengan perkauman adalah usaha merendah-rendahkan martabat agama Islam di hadapan penganut agama lain.

3. Dakwaan Nabi Muhammad pro perkauman adalah dakwaan yang jahat atas nama Islam. Ini kerana, dalam sirah menampilkan Nabi saw hadir mendamaikan Aus dan Kahzraj yang berbalah atas nama perkauman, lalu didamaikan sesama mereka atas keimanan kepada Islam.

4. Sebagai orang beragama Islam, sewajibnya Anuar Musa menonjolkan Islam sebagai agama yang memberi rahmat sekalian alam, bukan memberikan imej buruk pada Islam sehingga sanggup selewengkan islam yang kononnya pro perkauman.

Wallahu ' Alam.

Wan Ji bin Wan Hussin
Badan Pemantapan dan Pemahaman Agama (BIPPA) AMK Pusat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger