Home » , » PKR Kena Yakinkan Rakyat Bagaimana Pakatan Rakyat 2.0 Bersama PAS Akan Berjaya.

PKR Kena Yakinkan Rakyat Bagaimana Pakatan Rakyat 2.0 Bersama PAS Akan Berjaya.

Written By Wadah Baru on Selasa, 15 September 2015 | 4:47 PTG


1. Berdasarkan laporan media nampaknya PKR masih percaya Pakatan Rakyat 2.0 masih boleh diusahakan dengan membawa masuk sekali Pas bersama dalam pakatan baru itu meskipun wujudnya laporan yang menyatakan Presiden Pas lebih selesa bersendirian dalam pilihanraya umum yang akan datang.

2. Kita menghormati pendirian PKR yang mempunyai pemimpin pemimpin berjiwa besar seperti YAB Azmin Ali yang nampaknya masih bersedia memaafkan Pas meskipun meskipun banyak perkara yang Pas telah lakukan yang boleh dikira melukakan hati PKR dan ahli ahlinya.

3. Nampaknya jiwa besar pemimpin seperti YB Azmin telah sedikit sebanyak menghasilkan sedikit kejayaan bila PAS nampaknya tidak begitu "upset" kemasukan YB Dato Kamaruddin Jaafar ke PKR dibandingkan marahnya Pas ke atas mantan Ahli Parlimen Pas yang menyertai Parti Amanah Negara. Isu baiah yang panas apabila YB Kuala Kerai menyertai Parti Amanah Negara nampaknya bertukar suam bila Ahli Parlimen Tumpat menyertai PKR.

4. Secara peribadi saya tak nampak bagaimanakah Pakatan Rakyat 2.0 boleh direalisasikan jika Pas ada bersama sama, namun saya mungkin tak nampak apa yang pemimpin PKR seperti YAB Azmin ( yang lebih berpengalaman dari saya ) nampak .

5. Saya percaya YAB Azmin dan pemimpin pemimpin PKR yang lain berupaya meyakinkan rakyat, khususnya rakyat bukan Islam yang menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang lalu , bahawa penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat 2.0 akan menguatkan lagi Pakatan 2.0 untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang.

6. Jika PKR yakin keyakinan rakyat itu boleh dijelmakan kembali sudah tentu , saya percaya, rakan rakan daripada Amanah dan DAP tidak ada masalah untuk menerima Pas dalam Pakatan 2.0.

7. Secara jujur, saya tidak optimistik tapi saya bersedia memberi peluang untuk PKR meyakinkan rakyat dan kita semua kenapakah Pas perlu bersama Pakatan 2.0.

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger