Beliau dikenali sebagai seorang tokoh politik. Politik beliau pula bukan jenis kepalang tanggung.
Bukan sekadar politik bersalaman menyampaikan sumbangan, melambai-lambai tangan kepada khalayak, berucap menyeri majlis, atau sekadar mengeluarkan kenyataan media.
Beliau hidup di lapangan, berjuang di lapangan, sakit di lapangan, tidur di lapangan, luka di lapangan, dan usianya habis di lapangan.
Pernah dikurung, dibuang daerah, dan didakwa di atas pelbagai Akta Drakonian. Fitnah dan cemuhan perkara biasa. Dia hadapi dengan tenang. Siang dibicara di mahkamah, malam berceramah. Itu ruji kehidupannya.
Pidatonya sentiasa segar dan mudah difahami. Mesejnya ringkas, tajam,
dan berani. Orang kampung, orang bandar, orang tua, orang muda semuanya
minat mendengar ceramahnya. Adakalanya celoteh sindiran tajam,
adakalanya pidato bersemangat, diadun menjadi mesej politik yang kuat.
Dia punya ramai kawan-kawan yang sanggup jatuh bangun susah bersamanya. Dia juga punya musuh politik yang kejam mahu memusnahkannya bila-bila masa.
Tapi dia tetap tegar. Dia pejuang menentang kezaliman pemerintah.Dia pejuang rakyat.
Ada kalanya jiwanya terusik. Adakalanya dia kecewa. Adakalanya dia sedih dan gembira. Dia tetap manusia biasa. Dia ada perasaan. Dia bukan plastik.
Disisinya seorang serikandi kental. Setia ketika susah dan senang. Menjadi ubat dikala duka. Menjadi bunga dikala ceria.
Pasangan ini telah melalui kehidupan yang pelbagai warna. Pahit manis semuanya diadun menjadi santapan kehidupan pejuang.
Hari , 29 Disember, Abg Mat dan Kak Normah menyambut Ulangtahun Perkahwinan mereka yang ke-36 tahun di Tanah Haram mengerjakan Umrah.
Semoga mereka mendapat umrah yang maqbul. Semoga Allah meredhai dan merahmati mereka.
Mereka akan istiqamah memperjuang kebenaran melalui wadah politik Islam sehingga bertemu Yang Maha Pencipta, insyaAllah.

tahniah bang mat..terus berjuang
BalasPadam