Oleh Dzulkefly Ahmad
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan isi rumah
berpendapatan rendah paling teruk terjejas akibat pelaksanaan Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST), tidak memeranjatkan sesiapa kecuali
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Putrajaya.
Apakah baru sedar dan celik? Tentunya tidak. Mungkin buat-buat terkejut.
Mengambil kira kadar sebenar kenaikan kos (inflasi) setelah pelbagai
kenaikan dibuat Najib mutakhir ini, seperti tol dan kos pengangkutan
awam, kedudukan adalah sebenarnya lebih parah.
Indeks Harga Pengguna (IHP) rasmi tidak membayangkan keperitan kehidupan rakyat menanggung perbelanjaan harian sebenarnya.
Termasuk kenaikan levi pekerja asing (100%-300%) rakyat perlu tahu
siapa yang membayarnya nanti adalah rakyat/pengguna sebab pemilik
industri dan pengilang akan 'memindahkan' tambahan levi kepada pengguna.
Mereka tidak mahu menanggung segalanya sebab mahu mengekalkan margin
keuntungan. Maka satu lagi sebab kenaikan kos inflasi. Mujurlah harga
petrol turun buat masa ini.
Bagi mereka yang dibuang kerja dan kini menganggur, sementara
menantikan kerja dan perlu bersaing dengan pekerja asing yang tidak lagi
hanya berkerja di bidang 3D - maka bertambahlah kesengsaraannya.
Petronas saja akan memberhentikan 51,000 pekerja mereka. Yang
diberhentikan sejak kebelakangan ini pun sudah mencecah puluhan ribu.
Dengarnya 50,000 pekerja awam kontrak bakal diberhentikan. Aduh, lebih
50% profesor berada dalam kontrak itu berumur 61-70 tahun, dikatakan
akan juga diberhentikan.
Tak apalah...duit pencen sudah cukup menyara kehidupan. Namun yang
berpendapatan rendah-sederhana, bagaimana hari-hari mendatang di Tahun
Sengsara ini?
Menurut laporan itu, isi rumah di bawah spektrum pendapatan bawah 40%
(B40) (jumlah 2.7juta) menikmati pendapatan RM2,537 purata pada tahun
2014 iaitu peningkatan sebanyak 12.8% sejak 2009.
Bagaimanapun, perbelanjaan juga meningkat dengan purata isi rumah B40
membelanjakan RM2,015 atau 79% daripada pendapatan bulanan mereka.
Dengan GST pada kadar 6% pada awal 2015, 40% baki pendapatan isi rumah
akan berkurangan kepada RM400 berbanding RM522 sebelum ini. Bermakna
defisit atau kurang RM122 sebulan.
Laporan juga mengakui disebabkan GST memberi kesan kepada semua isi
rumah, mereka yang berada di spektrum bawah B40 pastinya akan merasa
kesan yang lebih daripada mereka di bahagian atas spektrum.
Sememang sudah kami katakan GST adalah regresif atau songsang iaitu
lebih parah ke atas golongan miskin berbanding golongan kaya.
Betul BRIM membantu, tetapi banyak mana sangatlah. Daripada maklumat
laporan ini sahaja sudah jelas BRIM memberikan RM950, sementara laporan
ini mengakui tambahan perbelanjaan isi rumah B40 ialah RM122 sebulan.
Bermakna, defisit RM80 sebulan. Bak pepatah "Untung secupak, rugi
segantang"!
Kalau sudah tahu perbelanjaan isi rumah dan domestik itu penting bagi
memacu pertumbuhan, mengapa mendera rakyat dengan kos kehidupan yang
terus naik?
Untuk rakyat boleh berbelanja diizinkan pula tidak membayar 3%
sumbangan KWSP mereka. Aneh, kerana 2 kali ditimpa tangga kerana rakyat
dipaksa membelanjaka simpanan masa tua mereka sementara hutang isi rumah
juga membengkak ke paras 90% KDNK. Alahai Najib...cukup-cukuplah.
GST: Isi rumah berpendapatan rendah paling teruk terjejas
Written By Wadah Baru on Rabu, 24 Februari 2016 | 12:46 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan