Kepelbagaian parti politik atas nama Islam boleh diterima kerana
perjuangan tidak semestinya khusus pada parti berjenama Islam
semata-mata, tegas Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani
Shamsuddin.
Menurutnya, Pas hanya salah satu daripada pelbagai jemaah Muslimin di
negara ini dan tidak bererti keluar dari Islam sekiranya meninggalkan
parti itu.
"Berlapang dadalah kerana kepelbagaian ini satu perkara sihat selagi
jelas tidak lari daripada perjuangan bersekongkol dengan pemerintah
zalim," ujarnya ketika ditemui sempena penamaan calon PRK Sungai Besar
semalam.
Mengulas lanjut dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan
penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini, beliau berkata,
kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.
"Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Ulamak
termasuk Yusuff Al Qaradhawi pun menegaskan Islam menerima kepelbagaian
parti," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia (Shura).
Ditanya
tentang pemilihan Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon bertanding di
Parlimen Sungai Besar, beliau berkata, keputusan Amanah meletakkan tokoh
usahawan itu lambang perpaduan blok pembangkang melalui Pakatan
Harapan.
"Amanah didukungi PKR dan DAP serius untuk mengambil tempat
(pemerintahan) dari BN yang terlalu lama berkuasa tapi menyeksa rakyat.
"Lebih menarik apabila kehadiran calon kita lebih 'segar' dan belum ada bebanan tugas lain berbanding calon BN dan Pas.
"Kedua-dua calon dari parti itu sudah cukup tanggungjawab dan tidak perlu dibebankan dengan tugas lain," tambahnya lagi.
Untuk rekod, seramai 42,655 pemilih berdaftar bakal membuang undi pada PRK Sungai Besar, 18 Jun ini.
Keluar Pas bukan keluar Islam, tegas Ustaz Ghani
Written By Wadah Baru on Isnin, 6 Jun 2016 | 2:54 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan