Home » , » Kepada semua orang Amanah, mari berfikir ...

Kepada semua orang Amanah, mari berfikir ...

Written By Wadah Baru on Selasa, 21 Jun 2016 | 1:28 PTG

Oleh Penarik Beca 

Sebelum apa2, kepada semua orang Amanah, mari berfikir sebagai orang tak dikenali dalam politik Malaysia. Jangan poyo.

Jangan poyo, tau! Kita perlu masa.

Kemenangan bukan dicapai oleh generasi Mat Sabu atau Salahuddin. Generasi Faiz Fadzil pun belum tentu. Kita perlu masa. Bagi orang kenal kita dulu!

Setara PKR pun dok harap kat jentera Pas selama ni dan sembang deras bila menang, tambah la kita yang baru (tu pun sombong sungguh pemakan2 dedak tokoh lupa daratan yang terkait korupsi dalam parti tu).
Ni subjek sebenar aku nak cakap.

Kepada orang2 Amanah yang yang gatal balik kat Pas dan nampak hebat sangat Pas tu, please consider this - mari ambik satu contoh, iaitu kampung aku - kawasan Bukit Gantang.

Memang Pas menang. Tapi adakah Pas menang undi Melayu di Bukit Gantang tu? Kalau Cina tak tolong, terutama Cina Port Weld (Kuala Sepetang), hampa ingat Ustaz Idris boleh menang ka?

Tempat aku duduk la ni dalam DUN Gombak Setia - peti undi majoriti Melayu hampir semua Pas melingkup dalam pilihan raya 2013 dulu. Harap kat area Seri Gombak dengan Samudera ja, di mana ada ramai penduduk bukan Melayu tinggal di situ.

Jangan la keputusan Sungai Besar dan Kuala Kangsar jadikan hampa kecut perut!

Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebelum pilihan raya kecil, berapa kali ja Amanah dapat buat ceramah di situ sejak ia ditubuhkan? Kalau buat sekali dua pun, bukan semua orang situ dengar ceramah hampa. Setengah persen pun takdak.

Setakat mana ja penerangan sejak ditubuhkan beberapa bulan lalu? Baru ditubuhkan, kan?

Semasa kedua2 pilihan raya kecil itu pulak, Umno guna senjata tradisi yang selama ini dirodok kat perut Pas sebelum depa berpeluk.

Jangan lupa, Pas tak pernah pun ada idea macam mana nak lawan senjata tu iaitu "Pas alat Dap" (sekarang Pas alat ....)

Kali ni, senjata dan alat brainwash yang sangat mujarab itu Umno gunakan pula ke atas Amanah.
Bukan saja Umno, Pas pun turut pakai sekali senjata berbisa kekasih baru dia itu, dan sama2 merodok Amanah dengan senjata itu - "Amanah alat Dap".

Jangankan Umno dan Pas, pemakan2 dedak tokoh tertentu dalam PKR pun dok ratib2 benda tu.
Left and right kena serang dengan senjata yang terbukti sangat2 berkesan itu - apa nak heran Amanah yang mempunyai waktu yang sangat suntuk tu akhirnya tak mampu nak meyakinkan pengundi Melayu yang dibodohkan oleh propaganda itu?

Jarang aku tulis sampai panjang ni. Hari ni geram sangat kat suara2 dari dalam Amanah yang gatai nak kat Pas. Rasa nak mencarut!

Hoi bodo! Kalau bersatu pun, hampa ingat ada beza ka Pas dengan Umno tu, bodo oii!? Undi Pas betui2 macam undi Umno la, bodo!

Kalau bersatu pun, kata la calon di tempat aku tu Nik Abduh ka, Nik Amar ka, Azmin Ali ka, aku tak keluaq mengundi!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger