Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa
hampir RM1 bilion telah berada dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak, sebelum kemasukan RM2.6 bilion dilapor secara
meluas.
Najib mendakwa AS$ 681 juta yang diterimanya pada Mac 2013 adalah
sumbangan daripada ahli keluarga diraja Arab selepas dihebahkan pada
Julai tahun lepas.
Muhyiddin berkata beliau mendapat tahu mengenai deposit yang diterima
sebelum 'derma Arab' itu apabila peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul
Gani Patail berkongsi maklumat dengannya.
"Sah tuan-tuan. Saya tengok, waktu peguam negara itu ialah Gani
Patail. dia tunjuk dengan saya, macam saya nak pengsan ada duit banyak
itu dalam akaun Datuk Seri Najib.
"Tengok duit masuk akaun peribadi. Sebenarnya disebutkan peguam
negara dahulu, sebelum dia juga nasibnya sama macam saya dipecat, dah
ada hampir RM1 bilion dalam akuan Datuk Najib sebelum itu.
"Jadi semua yang disebutkan hampir RM4 bilion dalam akaun perdana
menteri. Kamu percaya tak," soalnya dalam satu ceramah di Ketereh,
Kelantan semalam.
Rakaman video ceramah itu dimuat naik di TV Gerakan Harapan Baru dan KiniTV.
Muhyiddin berkata beliau hampir pengsan selepas melihat angka-angka dalam akaun bank peribadi Najib.
Dakwaan Muhyiddin dilihat menyokong laporan ABC News
yang berpengkalan di Australia pada Mac yang meletakkan angka dalam
akaun bank Najib berjumlah AS $ 1.051 bilion (RM4.2 bilion) berdasarkan
penyata bank.
Menurut laporan itu, sebelum deposit RM2.6 bilion daripada Tanore
Finance, Najib juga menerima AS$ 120 juta daripada Blackstone Asia Real
Estate Partner Ltd (BVI), AS$ 80 juta dari Kementerian Arab Saudi dan
AS$ 75 juta daripada Putera Faisal bin Bandar Al Saud.
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat juga menekankan beberapa deposit tidak disebut atau didedahkan dalam laporan ABC News,
termasuk tambahan sebanyak AS $ 10 juta pada 23 Februari 2011 dan AS$
10 juta pada 13 Jun 2011 dari Putera Turki Abdullah Al Saud yyang
dirujuk sebagai "pengasas bersama PetroSaudi".
Tambahan AS$ 5 juta pada 30 Oktober 2012 dan AS$ 25 juta pada 19
November 2012 juga datang dari Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd
(BVI), menurut DOJ.
Ini meletakkan jumlah keseluruhan sebelum deposit RM2.6 bilion pada
AS$ 325 juta, atau di bawah RM1 bilion berdasarkan kadar pertukaran pada
tahun 2011 dan 2012.
DOJ mendakwa deposit daripada Tanore Finance, Blackstone Asia Real
Estate Partner Ltd dan pengasas PetroSaudi berasal daripada 1MDB. DOJ
banyak memberi fokus kepada jejak wang melalui sistem kewangan AS.
Najib menafikan salah laku dan berkata beliau tidak pernah mengambil
wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed
Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan
salah laku.
Muhyiddin dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada Julai tahun lepas.
Muhyiddin mendakwa beliau dipecat selepas menentang isu kemasukan
wang berkenaan ke akaun perdana menteri. Pemecatannya kebetulan sama
dengan penyingkiran peguam negara waktu itu, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Muhyiddin dakwa hampir RM4 bilion dalam akaun Najib
Written By Wadah Baru on Isnin, 29 Ogos 2016 | 2:53 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan