PETALING JAYA: Amanah dan PKR mengalu-alukan ahli Perkasa yang keluar
daripada NGO itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir
berkata penyertaan bekas atau ahli Perkasa dalam PPBM pastinya akan
memperkuatkan blok pembangkang dalam menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Baguslah. Saya tidak kisahlah sesiapa yang sehaluan (dengan Pakatan
Harapan), kita mengalu-alukan. Bagi saya kita harapkan Bersatu boleh
berkembang dan menjadi kuat.
“Kita harapkan parti bersekutu kita kuat apabila bergabung untuk
melawan BN dan kita mempunyai kekuatan untuk menang. Jadi dari mana
dapat ahli pun tidak kisah (selagi) ia mampu memperkukuhkan lagi
pembangkang,” kata Tian Chua
Anuar pula berkata Amanah tiada hak mendiskriminasikan ahli Perkasa atau mana-mana pihak untuk menyertai PPBM.
“Itu hak dia, kita tak boleh halang mereka menyertai mana-mana parti
politik. Logik Perkasa menyertai PPBM berikutan dahulunya Perkasa juga
lebih kurang sama perjuangannya. Tidak hairan jika ramai ahli Perkasa
menyertai PPBM,” katanya.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) dan Perkasa dilihat sebelum ini mempunyai agenda dan perjuangan yang berbeza.
Perkasa diketahui lebih cenderung memperjuangkan bangsa Melayu berbanding PH bagi semua kaum.
Kebelakangan ini, semakin ramai ahli Perkasa dilihat menyertai PPBM
selepas Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya mengambil
keputusan melepaskan jawatannya dan menyertai PPBM.
Abu Bakar juga mengakui tindakannya itu akan membawa lebih ramai pengikut menyertai PPBM,
Katanya, tindakan itu dilakukan susulan mahu bersama-sama PPBM dalam
memulihkan kembali negara yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
“Ramai ahli Perkasa sertai PPBM kerana di dalam Perkasa tidak boleh
bersuara. Tetapi jika di dalam parti kita boleh bersuara dan boleh
tubuhkan kerajaan. NGO tidak boleh tubuhkan kerajaan.
“Itu pandangan saya. Bersatu dilihat menjurus untuk memulihkan
negara, lebih-lebih lagi di bawah pimpinan Dr Mahathir. Saya yakin
dengan beliau kerana selama 22 tahun pemerintahannya tiada masalah
dihadapi rakyat dan negara pun harum di seluruh dunia,” katanya
Amanah, PKR tidak kisah ahli Perkasa sertai PPBM
Written By Wadah Baru on Jumaat, 7 Oktober 2016 | 2:53 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan