OLEH MUAMMAR QADDAFI
Setelah lebih setahun Pakatan Rakyat terkubur tanpa nisan, kita kesal
melihat rakan Pakatan Harapan, PKR masih cuba memujuk dan berharap Pas
akan bersama dalam gabungan pembangkang.
PKR mungkin terlebih memikirkan kelebihan jika bersama Pas namun terlepas pandang risiko besar jika Pakatan bersama Pas.
Saya tertanya tanya adakah PKR, atau khususnya Timbalan Presiden PKR,
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan,
Datuk Saifuddin Abdullah terlepas pandang risiko besar jika Pakatan
meletakkan pengharapan kepada Pas untuk bersama parti pembangkang lain
menentang Umno-BN sedangkan Pas mempunyai potensi besar untuk
mengkhianati kerjasama sekiranya pembangkang mampu menyaingi BN pada
PRU14 kelak.
Katakan, jika gabungan parti pembangkang menang 114 kerusi dan
melayakkan mereka membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, dan Pas
mempunyai kelebihan 12 kerusi, apakah jaminan bahawa Pas akan membentuk
kerajaan bersama gabungan pembangkang yang mana tidak akan lari dari
turut bekerjasama dengan DAP dan Amanah atau mungkin di saat akhir
mereka mungkin memilih untuk memilih Umno sebagai sekutu baru mereka dan
membentuk kerajaan baru Pas-Umno?
Adakah PKR terlepas pandang pendedahan Ustaz Ahmad Awang di Perak,
yang mana beliau mendakwa sejurus selepas kerajaan Pakatan Rakyat
ditubuhkan di Perak pada 2008, beliau dihubungi seorang pemimpin kanan
Pas untuk menarik diri dari kerajaan Pakatan Rakyat yang turut
dianggotai oleh PKR dan membentuk kerajaan melayu islam (Perpaduan)
antara Pas dan Umno?
Atau pun, adakah PKR terlepas pandang, semasa konflik menteri besar
Selangor, terdapat usaha menarik Adun PKR dan membentuk kerajaan baru
membelakangi Pakatan Rakyat?
Jadi apakah jaminan yang ada bahawa sekiranya pembangkang mampu membentuk kerajaan pada PRU14, tiada pengkhianatan dari Pas?
PKR perlu diingatkan, bahawa pemimpin Pas hari ini bukan lagi dalam
kalangan yang mendokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tetapi
mereka adalah dalam kalangan pimpinan idealis yang mempunyai cita cita
melaksanakan hukum hudud di Malaysia yang mana bertentangan dengan
aspirasi PKR itu sendiri, dan sekiranya PKR tidak tunduk pada desakan
mereka, tidak mustahil mereka sekali lagi akan meninggalkan kerjasama
dan mencari sekutu baru yang boleh tunduk kepada mereka, apatah lagi
jika sekutu itu dilihat terdesak untuk mengekalkan kuasa.
Setiap anggota Pakatan Harapan, seharusnya lebih komited terhadap
kerjasama sedia ada, sekurangnya gabungan ini mampu memberi keyakinan
kepada rakyat dengan menunjukkan bahawa mereka mampu membawa harapan
rakyat untuk melihat kerajaan persekutuan diganti.
Pas sudah memiliki ahli keluarga baru, cukup lah berharap dan memberi
pengharapan kepada mereka, semakin diberi harapan, semakin keras dan
besar kepala mereka, apatah lagi tidak lama sebelum ini dalam program
dialog Ruu355 dijelaskan jika Pas berperang dengan Umno dengan tetap
melaksanakan usul mereka di Kelantan, maka orang bukan islam akan
memerintah, maka untuk elak "mudarat" itu mereka kini mungkin mereka
memilih untuk tidak berperang dengan Umno. Walaupun sukar untuk mencari
kaitan perang mereka dengan Umno dalam menegakkan hukum islam dan bukan
islam akan memerintah, namun kita jelas itulah gambaran pendirian Pas,
hormatilah.
Kalau Pakatan tidak lagi berkongsi musuh yang sama dengan PAS, apa gunanya kerjasama ini?
Cukup adalah cukup, cukuplah PKR, Cukuplah Amanah, cukuplah DAP, bagi
giliran kepada Muhyidin pula untuk dikhianati Pas, dia belum merasa.
Timbalan Presiden PKR dan ketua Sekteriat Pakatan Harapan pula ,
berhenti mengambil langkah ke belakang ini, letakkan fokus agar Pakatan
diperkukuhkan.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan