Home » , » Orang utan dihadiahkan Sultan Johor diisytihar paling tua di dunia

Orang utan dihadiahkan Sultan Johor diisytihar paling tua di dunia

Written By Wadah Baru on Jumaat, 28 Oktober 2016 | 3:16 PTG

MELBOURNE: Guiness Book of World Records hari ini menobatkan seekor orang utan di Zoo Perth sebagai orang utan paling tua dalam kurungan, ketika ia menyambut hari jadinya yang ke-60.

Orang utan bernama Puan itu menyambut hari jadinya dengan memakan rambutan yang diterbangkan dari kampung halamannya di Malaysia, menurut jurucakap Zoo Perth, Danielle Henry.

Pada 1968, Sultan Johor menghadiahkan Puan kepada zoo tersebut, dan sebagai balasan menerima beberapa ekor haiwan asal Australia

Zoo Perth merupakan antara pusat menggalakkan pembiakan orang utan dan Puan merupakan antara yang pertama menyertai program itu.

Henry berkata orang utan betina biasanya tidak hidup melebihi usia 50.

“Tetapi disebabkan penjagaan yang diterimanya di sini di samping pemeriksaan doktor haiwan dan penjaga zoo, dia sudah menjangkau had umur itu.”

“Dia suka caranya sendiri. Kalau sarapannya lewat tiba, dia akan menghentakkan kakinya atas lantai.
“Hari ini, saya rasa dia tidak teruja dengan semua perhatian.”

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger