Home » , » Majlis Syura Ulamak Pas sahkan batal kerjasama politik dengan PKR

Majlis Syura Ulamak Pas sahkan batal kerjasama politik dengan PKR

Written By Wadah Baru on Khamis, 11 Mei 2017 | 7:48 PTG

Majlis Syura Ulamak Pas hari ini mengesahkan pembatalan kerjasama politik dengan PKR, namun kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Hadi tiba untuk menyertai mesyuarat Majlis Syura Pas hari ini.Pengumuman dibuat Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dalam sidang media di Pejabat Agung Pas sebentar tadi.

Menurut Zawawi, begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi yang menyebabkan hubungan politik antara Pas dan PKR terbatal.
Antara perlanggaran tersebut, ujar beliau adalah kegagalan PKR untuk menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa Pas seperti usul Rang Undang-undang 355 (RUU 355).

PKR juga, jelas Zawawi telah melanggar adab-adab kerjasama dalam politik seperti menyerang pimpinan Pas dan membuat tuduhan-tuduhan palsu yang merosakkan imej Pas.

Malah parti itu dianggap mengkhianati hubungan politik dengan Pas apabila bekerjasama dengan pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan dan menentang Pas dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

"Sebarang tindakan politik termasuk urusan pentadbiran negeri Selangor diserahkan kepada jawatankuasa kerja PAS Pusat dengan merujuk kepada maslahah dan kepentingan Islam dan rakyat," katanya.

Sidang media Pas itu turut dihadiri Ketua Penerangan Pas Nasruddin Hasan dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Nik Abdul Nik Abdul Aziz yang juga anggota majlis syura parti itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger