Home » , » Amanah bakal menjadi penentu Kerajaan PAS di Kelantan

Amanah bakal menjadi penentu Kerajaan PAS di Kelantan

Written By Wadah Baru on Rabu, 10 Mei 2017 | 1:40 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Berkecek hal Umno Kelantan sedikit. Dalam usaha untuk menakluk Kelantan, Umno negeri itu tidak perlu menang dengan mendapat 2/3 kerusi Dun di Kelantan. Baginya cukup kalau mendapat 20 kerusi, tambah enam (6) kerusi sahaja lagi mengenapkan 20 dicampur dengan ada sekarang.

Angka 20 paling terik untuk dicapai Umno. Kerana kalau mengikut teori "sama gagah", parti itu paling tinggi pun akan dapat mencapai 15 kerusi sahaja.

Apabila Umno mendapat 20 kerusi ini bermakna Pas secara automatik pada perkiraan pakar politiknya, tidak dapat mempertahankan kerjaaanya. Pas berdasarkan teori "sama gagah" itu paling tinggi akan mendapat sekitar 15 hingga 20 kerusi sahaja. Kerusi Dun Kelantan ada 45 kerusi, selebihnya (5) akan diraih oleh Amanah + PBBM.

Dengan angka tadi, realti yang akan teradi ialah Umno akan menubuhkan kerajaan bersama Pas dengan kapasiti 40 kerusi. Mengikut pencapaian ini MB menjadi milik Umno, manakala TMB kepada Pas. Exco sama banyak.

Sebaliknya kalau Pas bersedia memaafkan Amanah + PBBM yang diramalkan meraih sekurang-kurang (5) kerusi ini bermakna harapan Umno itu akan berkecai.

 Apakah Pas yang kini "tajam"  dengan Amanah bersedia untuk berkongsi kuasa kerana demi mempertahankan pusaka Nik Aziz?

Senario politik Kelantan menarik ia dalam keadaan berebut uri. Makanya baik Umno atau Pas jangan perkecilkan Amanah kerana ia bakal menjadi penentu segala-galanya. Trims

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger