Kabinet baru PAS dilihat sebagai kabinet yang mampu membantah konsert
Salena Gomez sahaja bukan untuk melawan BN dalam pilihan raya umum ke
14 nanti, kata ahli parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.
Dalam satu posting di facebook, peguam itu menulis, "itu pun kalau Pas masih lagi nak lawan BN!"
Katanya, apabila beliau melihat kabinet baru Pas, "maaf saya tak
nampak kabinet ini lah yang sesuai untuk kemudi Pas dalam PRU14 nanti."
Apa pun alasan Pas, katanya, ketiadaan tokoh hebat dan berpengalaman
seperti Datuk Mustafa Ali yang mesra di Cikgu Pa je, ia satu kerugian
besar pada Pas.
"Bila diganti Cikgu Pa dengan setiausaha politik Presiden Pas sebagai
pengarah pilihanraya Pas Pusat, saya hanya boleh geleng kepala je.
"Saya dan kawan-kawan dalam Amanah tahu sangat kemampuan dan kehebatan Cikgu Pa dibandingkan dengan mantan SU Presiden Pas.
"Maaf, macam langit dan bumi," kata peguam yang selama ini banyak
membela PAS di mahkamah termasuk membela presiden PAS sendiri dalam satu
kesnya di London.
Pas sebelum ini membantah konsert Salena Gomez yang dianjurkan di Shah Alam.
Penganjuran konsert ini telah dijadikan antara sebab oleh pembahas
dalam muktamar Pas ke 63 mengapa PAS perlu memutuskan hubungannya dengan
PKR yang menjadi rakan kongsi utama kerajaan negeri Selangor.
Kabinet baru Pas sesuai bantah konsert Salena Gomez je
Written By Wadah Baru on Rabu, 10 Mei 2017 | 12:58 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
We dont talk anymore..
BalasPadamWe dont talk anymore lime we used to be...
Salena gomez feat charlie puth