Home » , » Dunia politik berilah kepada orang politik

Dunia politik berilah kepada orang politik

Written By Wadah Baru on Khamis, 8 Jun 2017 | 12:48 PTG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Kerajinan pelik segelintir pensyarah ITPA bercakap mengenai isu-isu politik yang tergelecah dari dunia kependidikan tidak memberi laba banyak kepada dunia yang diterjuninya.

Daripada mengulas isu-isu politik menyentuh apa yang dilakukan individu politik lebih baik kalau mereka bercakap mengenai kecemerlangan pendidikan, beri solusi terbaik kenapa pelajar Melayu kurang cemerlang dalam pendidikan atau pun kemukakan cadangan2 kepada kerajaan untuk mengatasi lambakan pengangguran, atau pun beri motivasi kepada anak-anak didik untuk berdikari tanpa mengharap kerja disediakan oleh kerajaan. 

Mereka harus lebih fokus kepada kemalapan dunia pendidikan dan peluang kerja dihadapi mahasiswa. 


Dunia politik berilah kepada orang politik atau mereka yang bebas dan tidak terikat dengan pendidikan dimana kalau pun mereka bercakap tidak akan ada kesan langsung kepada pelajar.

Paling perlu dijaga ialah jangan pula kerana ghairah bercapa politik dan rajin mencampurinya sampai mengeluarkan idea-idea yang hambar tidak mencerminkan anda sebagai guru di mana ia boleh diragui tahap intelektual anda oleh murid.

Lainlah kalau akademis sebegitu mahu menaik dan mengukuhkan kedudukannya lebih tinggi dalam profesyen itu menerusi titian politik dengan menjadi jurucakap atau propagandis majikan, kerajaan.

Itu pun cara yang tidak bermoral sewajarnya kalau mereka tidak dipertimbangkan untuk jadi Prof Madya atau Prof. Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger