Oleh Mohd Sayuti Omar
Para
pemimpin UBN terus mempertikai dan mengkritik pembentuk kepimpinan
Harapan. Ketiadaan Lim Kit Siang dalam saf kepimpinan itu menjadi isu
utama yang diperolok-olokkan. Pemimpin UBN cuba menimbulkan tanggapan
buruk bahawa pemimpin "kerohanian" DAP itu diketepikan atau dijadikan
mangsa.
Dalam masa sama juga mereka membuat serangan,
ketiadaan Kit Siang itu sebagai tektik untuk mengelirukan rakyat dengan
memberi gambaran Harapan dibentuk dengan tidak adil atau praktikal.
Pengarah sebuah pusat provokasi Umno pula menyinis mencadangkan agar
Kit Siang dilantik menjadi Mursyidul Am.
Yang jelasnya
ketiadaan Lim Kit Siang itu memeningkan kepala para pemimpin UBN kerana
ia menafikan tunduhan mereka selama ini, kononnya DAP menguasai
pembangkang. Sebelum ini para hulubalang dan PB Najib galak menjual
kepada rakyat kononnya DAP mendalangi pakatan pembangkang.
Bagaimana
pun dari sisi lain ketiadaan Kit Siang dalam saf utama Harapan itu
secara tidak langsung menunjukkan pemimpin Harapan mempunyai idea kemas
bagaimana untuk menghuruharakan pemikiran para pemimpin BN serta
meletakkan mereka dalam keadaan gear mati.
Najib Razak
seakan terkilan dengan cara pembentukan itu apabila Lim Kit Siang
tidak diletakkan sama taraf dengan Dr Mahathir Mohamad atau Dr Wan
Azizah Ismail. Katanya pembentukan itu pelik dan tidak sama dengan BN,
dimana dalam BN parti besar (majoriti) berpandukan kerusi menjadi
kepalanya macam Umno. Katanya sepatutnya pemimpin DAP itu dilantik
menjadi pengerusi bukan Dr Mahathir mewakili parti kecil PPBM.
Pendapat
Najib itu mahu mencerminkan BN disusun dengan adil dan saksama, bahawa
Umno medominasikan suasana. Tetapi beliau terlupa bahawa apabila Lim
Kit Siang tiada dan DAP tidak diberi keutamaan kandati mempunyai kerusi
lebih, di sinilah bijaknya politik pembangkang di kalangan Melayu. Ia
juga menunjukkan sikap toleransi tinggi daripada DAP, rela memberi
laluan kepada Melayu mendominasi pakatan berkenaan. DAP berfikir lebih
waras daripada cara Najib berfikir.
Apa yang menjadi keutamaan DAP
ialah menjatuhkan Najib dan melenyapkan kerajaan kleptokrasi bukannya
tergila-gila untuk menjadi pemimpin. Inilah kemunasabah politik orang
Cina. Politik orang Cina senantiasa rasional dan realistik.
Kritikan dan "ogehan" para pemimpin Umno berhubung pembentukan
kepimpinan Harapan itu tidak perlu dilayan sangat oleh pemuka Harapan.
Hatta para cyber troopernya pun tidak perlu terpanggil dengan
isu itu. Cukuplah para pemimpin Harapan memberi respon secara
sistemetik terhadap apa yang mereka ungkitkan. Yang penting rakyat dan
orang ramai sangat memahami keadaannya dan pembentukan itu diterima
orang ramai. Tiada komplen daripada orang ramai khasnya dari kalangan
penyokong parti-parti komponen Harapan.
Setakat ini rata-rata berpuas hati dan mengangkat jempol atas kejayaan pembangkang mewujudkan kepimpinannya.
Kejayaan pembangkang membentuk kepimpinan itu menyerlahkan kesungguhan
dan iltizam pembangkang untuk menumbangkan kerajaan kleptkrosi pimpinan
Najib Razak. Sebab itu rakyat tidak menimbulkan soal titik bengkit
seperti apa dibangkit Najib dan gengnya. Matlamat menjatuhkan Najib dan
menukar kerajaan mengatasi segala kepentiungan dan keperluan peribadi.
Yang menyibuk hari ini ialah para pemimpin Umno.
Apa
yang Harapan perlu tumpukan kini ialah memperkemaskan lagi organ
kepimpinan itu. Beberapa post yang masih kosong seperti ketua
penerangan, pengarah strategi, pengarah pilihan raya dan sebagainya
hendaklah diisi segera bagi membolehkan kerja dan persiapan menghadapi
pilihyan raya dilakukan. Kekosongan itu tidak harus dibiarkan lombong
agar ia tidak masuk angin.
Beberapa pemimpin muda yang menjadi
sebutan dan idola generasi mereka hendaklah dimasukkan dalam barisan
kepimpinan itu. Diberikan tanggungjawab untuk membolehkan mereka
menunjukkan kebolehan masing-masing.
Nama-nama seperti Rafizi
Ramli, Nurul Izzah Anwar, Syed Sadiq, Shamsul Iskandar Md Akim dan
lain-lain tidak harus dilupakan. Di samping itu nama Husam Musa,
Saifuddin Nasution Ismail, Johari Abdul, dan lain-lain perlu berada
dalam kepimpinan berkenaan. Tidak tertinggal juga mungkin pemimpin over veteran seperti Muhammad Mohd Taib, Ahmad Awang ikut sama dijerutkan dalam saf berkenaan.
Badan tertinggi itu memerlukan penyertaan generasi muda dan veteran
agar wujud perseimbangan yang padu. Situasi ini mencerminkan Harapan
sebuah gabungan syumul semua rakyat.
Selain itu apa yang
penting juga dan perlu disegerakan ialah pembentukan struktur Harapan
di peringkat negeri. Tanpa terbentuk struktur ini ia boleh menyebabkan
Harapan masih belum ideal dan sudah pasti kelambatan membentuknya akan
disuluh musuh sebagai ia bermasalah.
Negeri-negeri yang perlu
disegerakan pembentukan ialah Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah.
Selepas pembentukan kepimpinan peringkat negeri ini, Harapan perlu
bergerak serentak mengadakan road show mereka. Gerakan atau road show pertama ini sangat memerlukan kepada pengaturan yang kemas dan grand kerana ia akan menjadi penarik semangat buat rakyat. Road show itu juga nanti akan tambah membingungkan UBN. Kelemahan dan kurang sambutan road show ini boleh menegatifkan Harapan.
Mungkin saf kepimpinan di Selangor perlu disegerakan. Tidak perlu ada
alasan lain untuk melewatkan perkara ini. Azmin Ali selaku orang kuat
PKR Selangor perlu respon hal ini dan sebagai ketua beliau harus
menunjukkan sikap positif. Azmin kena muktamadkan percintaan diamnya
dengan Pas.
Suka atau suka Selangor adalah antara negeri
menjadi aset penting buat Harapan. Kelambatan membentuk saf kepimpinan
di peringkat Selangor ia akan disuluh sebagai kelemahan dan masalah
dalam Harapan. Sikap terlalu cerdik dan licit Azmin boleh memberi
risiko buruk buat dirinya sendiri.
Sekali lagi diulang,
Harapan tidak perlu melayani kritikan dari para pemimpin BN. Mereka
akan membuat apa-apa tafsiran dan ulasan kerana sejak tertubuh dengan
rasminya Harapan, kebanyakan mereka sudah kemabukan ketum. Biarlah
mereka terus pening dengan kerungsingan dan kebimbangan.Harapan terus
maju dan maju demi rakyat.-http://msomelayu.blogspot.my
Pemimpin BN kepeningan dengan kewujudan Harapan
Written By Wadah Baru on Ahad, 23 Julai 2017 | 9:15 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan