Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan akan mengadakan makan malam
khas pada 10 Oktober ini bagi mengumpul dana menghadapi pilihan raya
umum ke-14 (PRU14).
“Kita sasarkan kutipan RM1 juta bagi persiapan menghadapi pilihan
raya umum yang akan diadakan bila-bila masa,” kata pengarah makan malam
itu, Ir. Nor Marzuki Yaacob pada sidang media baru ni
Menurutnya, majlis yang akan diadakan di Sweet Beach Resort itu akan
turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat di peringkat
nasional dan negeri.
“Untuk kategori jualan meja, sumbangan berharga RM1,000, RM3,000 dan
RM5,000 bagi satu meja akan dibuka kepada mana-mana penderma.
“Bagi kategori sumbangan individu, organisasi dan korporat tiada
limit harga dan perderma boleh terus berhubung dengan pimpinan AMANAH
Kelantan untuk menderma,” katanya.
Pembahagian kerusi
Sementara itu, Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah yang ditanya pembahagian kerusi PH Kelantan berkata perkara itu
belum muktamad.
“Sebagai parti yang diputuskan untuk mengetuai peringkat negeri, tentulah AMANAH menjadi pihak yang utama.
“Bagaimana perbincangan terus dibuka bagi memilih yang terbaik dan mampu menang,” katanya.
Semua parti katanya diambil kira termasuk DAP yang tidak pernah bertanding di Kelantan.
Memang DAP menyatakan hasrat bertanding tetapi perkara itu belum dimuktamadkan oleh gabungan PH.
“DAP hanya berhasrat untuk (bertanding) Dun, tidak untuk Parlimen,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Timbalan Pengerusi PH
Kelantan berkata pembahagian kerusi Parlimen di negeri ini masih belum
dimuktamadkan.
“Terdapat empat kerusi Parlimen yang belum diselesaikan kerana
bertindih dan setakat ini rundingan masih berjalan dengan parti lain.
AMANAH Kelantan anjur makan malam PRU14, sasar kutipan RM1 juta
Written By Wadah Baru on Selasa, 26 September 2017 | 10:23 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan