Pada pertemuan rasmi kurang 10 minit di antara delegasi Datuk Sri
Najib Razak dan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada 12 September
lalu, ayat kedua dan ketiga yang diucap Perdana Menteri Malaysia ialah:
"I want to say that we come here with a strong value proposition to
put on the table. Number one, we want to help you in terms of
strengthening the US economy." (Saya ingin katakan bahawa kami
datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk
dikemukakan. Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS.)
Beliau seterusnya berkata bahawa MAS akan menambah jumlah kapal
terbang Boeing yang akan dibeli. Pembelian tambahan ini dijangka
bernilai sekitar AS$10 bilion (RM42 bilion) dalam tempoh lima tahun akan
datang.
Najib turut berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan
melabur AS$4 bilion (RM16.8 bilion) ke dalam ekonomi AS, manakala
Khazanah juga akan meningkatkan jumlah pelaburan di negara itu daripada
AS$400 juta yang ada sekarang.
Ini bermakna Malaysia akan memasukkan hampir RM60 bilion ke dalam ekonomi AS untuk lima tahun akan datang.
Tetapi di dalam pertemuan tersebut, kita tidak mendengar sepatah
perkataan pun dari Trump tentang apa yang akan dimasukkan AS ke dalam
ekonomi Malaysia.
Bermakna kepada rakyat
Jika dirujuk nilai perdagangan Malaysia - AS dari 2013 hingga 2016
jelas pihak yang menerima manfaat langsung paling besar daripada
pertemuan itu adalah AS,.
Ekonomi AS akan menyaksikan pertambahan purata ekspot ke Malaysia
bernilai lebih kurang RM8.4 bilion setahun untuk lima tahun akan datang
dengan pembelian kapal terbang Boeing tersebut.
Namun sehingga kini tidak jelas apa manfaat langsung yang akan
dinikmati ekonomi Malaysia daripada pertemuan Najib dan Trump itu.
Laporan Bernama
bertarikh 14 September 2017 ada disebut bahawa "kedua-dua negara
komited mengkaji semula kerangka pengawalseliaan dengan tujuan
memudahkan pelaburan di dalam ekonomi negara masing-masing" (The two
countries also committed to review regulatory frameworks with the aim
of facilitating investment in their respective economies).
Mengikut dakwaan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS, nilai aset yang terlibat dalam kes 1MDB di AS mencecah hampir AS$1.7 bilion.
Maka, adalah cukup bermakna untuk rakyat dan ekonomi negara jika
kerangka pengawalseliaan ini dikaji semula untuk membolehkan segala
"pelaburan" di AS yang didakwa menggunakan wang haram diseleweng
daripada 1MDB akan diekspot - yakni dipulangkan - kembali ke Malaysia.
Oleh itu, perdana menteri perlu segera menjelaskan apakah beliau ada
berbincang dengan Trump berkaitan pemulangan aset-aset bernilai AS$1.7
bilion ini ke Malaysia.
Walaupun pemulangan aset bernilai AS$1.7 bilion dari AS tidak
menyamai hampir AS$60 bilion yang akan dimasukkan Malaysia, tetapi
sekurang-kurangnya maruah negara dapat ditebus.
FAHMI FADZIL ialah Pengarah Komunikasi PKR.
Paling tidak PM kena bawa pulang AS$1.7b dari AS
Written By Wadah Baru on Isnin, 25 September 2017 | 2:59 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan