Usaha Umno-Barisan Nasional (BN) menggabungkan tiga bekas menteri
besar bagi merampas Selangor daripada Pakatan Harapan (PH) bukan faktor
penentu terhadap kejayaannya, kata Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin
Abdullah.
Beliau berkata, penentu kepada kejayaan sesebuah parti ditentukan
rakyat sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) itu
kelak.
“Kita bukan memperkecilkan mana-mana pihak kerana mantan menteri
besar ini ada jasa mereka tetapi kita harus sedar dan melihat politik
juga pilihan raya bukan ditentukan orang tertentu.
“Yang akan menentukan kedudukan Kerajaan Selangor itu bukan tiga
orang (mantan menteri besar) tetapi seluruh pengundi dan rakyat
Selangor,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Selangorkini.
Saifuddin berkata demikian sebagai reaksi terhadap strategi Umno-BN
diketuai Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, yang mahu
menggandingkan tiga mantan Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Mmohd Taib;
Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohd Khir Toyo dalam usaha merampas
Selangor.
Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha seperti itu tidak menghasilkan
keputusan diinginkan seperti berlaku dalam PRU-12 dan PRU-13.
Saifuddin berkata, pembabitan seorang lagi mantan Menteri Besar, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim, jika berjaya juga tidak menjanjikan kejayaan
buat Umno-BN.
“Rakyat selaku pengundi kini bijak membuat keputusan dan tidak
terpengaruh dengan strategi dirancang Umno-BN kerana ia strategi lama,
kalau pada 2008 dan 2013 tidak lagi berhasil.
“Maka, apa keputusan diinginkan mungkin tidak akan terhasil,” katanya.
Keputusan pilihan raya umum bukan ditangan tiga bekas MB Selango
Written By Wadah Baru on Rabu, 27 September 2017 | 11:13 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan