Home » , » Sudah tiba masa bagi SPR guna sistem e-undi, kata ISIS

Sudah tiba masa bagi SPR guna sistem e-undi, kata ISIS

Written By Wadah Baru on Ahad, 3 September 2017 | 12:30 PTG

KUALA LUMPUR: Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) mahu Putrajaya mengkaji pelaksanaan pengundian elektronik (e-mengundi) dengan menggunakan kelebihan ledakan teknologi di sebalik kebimbangan sesetengah pihak mengenai jaminan keselamatan.

Sambil menyifatkan pengundian elektronik bakal menjadi amalan masa depan, Pengerusi dan Ketua Eksekutif ISIS, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya mula melaksanakan sistem itu.
“Jika India boleh mula melaksanakan e-mengundi, kenapa tidak kita boleh?

“Jika anda melihat agensi perbankan dan kerajaan, mereka masuk ke dalam perbankan dalam talian dan penyerahan borang,” kata beliau kepada FMT hari ini.

Kata beliau, sekiranya banyak agensi sudah mula menggunakan urusan atas talian dalam menyediakan perkhidmatan sistem pilihan raya wajar menggunakan aspek itu dalam mengurusakan proses pengundian.

“Orang mengatakan ia tidak selamat untuk mengundi dalam talian. Tetapi bagaimana dengan perbankan dan agensi kerajaan? Mereka tahu ada risiko tetapi mereka telah mengambil langkah yang betul.

“Orang boleh mengundi dengan santai di Starbucks, stesen kereta api atau tempat lain. Tetapi ada risiko dan keperluan ini perlu dipertimbangkan.”

Dua tahun lalu, SPR berkata tidak kepada kepada sistem pengundian secara elektronik.

Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata lebih baik untuk negara berpegang kepada kaedah konvensional di mana pengundi perlu secara fizikal membuang undi di atas kertas di tempat-tempat mengundi di seluruh negara.

Beliau berkata sistem yang digunakan di Malaysia telah diuji dari masa ke semasa dan tidak ada sebab untuk negara untuk mengikut langkah negara-negara yang telah memperkenalkan e-voting.
“Tidak ada bukti kukuh lagi yang menunjukkan bahawa e-voting adalah satu sistem yang terjamin dan tidak boleh dimanipulasi.

“Sistem semasa masih terbaik. Tidak ada keperluan untuk kita melaksanakan e-voting kerana ia bukan sahaja tidak perlu tetapi sangat berisiko dari segi keselamatan,” katanya.

Penyokong e-mengundi berkata kerajaan akan menjimatkan berjuta-juta ringgit dari segi percetakan kertas undi, pengedaran, keselamatan dan logistik jika teknologi digunakan bagi menggantikan sistem pengundian tradisional yang rumit.

Mereka juga mendakwa e-mengundi akan menyebabkan peningkatan jumlah pengundi, dengan lebih ramai orang muda menggunakan hak mereka dan juga membolehkan pemeriksaan undi tidak sah atau rosak dikesan lebih cepat serta keputusan akan diketahui lebih awal.

Antara negara yang telah memperkenalkan e-voting di sebahagian negara atau secara keseluruhan adalah Amerika Syarikat, Australia, India, Belgium, Brazil, Estonia, Mexico, Peru dan Filipina.

Abdul Aziz berkata, e-mengundi juga mungkin menelan kos yang lebih mahal kerana SPR perlu berbelanja untuk komputer dan peralatan berkaitan, latihan semula dan kos pengangkutan.
Pada masa yang sama Rastam berkata, SPR menggunakan dakwat kekal untuk memastikan keselamatan proses pilihan raya di Malaysia.

Dakwat kekal tidak sepatutnya menjadi dakwat separuh kekal yang digunakan pada telunjuk untuk mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda.

Semasa pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas, pasukan pemantau Bersih 2.0 mendakwa ada 2 kejadian di mana dakwat itu boleh hilang dengan mencuci.

Insiden tersebut juga dilaporkan semasa pilihan raya umum lepas.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger