Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa dalam
reaksinya terhadap notis mengosongkan bangunan pejabatnya yang dinamakan
Wisma Tok Guru meminta semua kakitangan terus bekerja seperti biasa.
“Saya sendiri belum menerima apa yang dikatakan notis seperti itu dan
tidak ada sebab petugas-petugas parti AMANAH dan Pakatan Harapan (PH)
perlu mengosongkan bangunan itu,” katanya dalam masjlis dialog bersama
rakyat di Taman Tanjong Chat, Kota Bharu malam tadi.
Jika benar ada notis seperti itu katanya, beliau akan memohon
mahkamah mengenepikannya kerana beliau mempunyai dokumen bertulis
kebenaran menduduki tanah tersebut.
“Ketika arwah (Datuk Rosli Ibrahim) masih hidup, beliau ada membuat
surat atas nama isterinya membenarkan saya menggunakan tanah itu sampai
bila-bila.
“Saya akan kemukakan surat itu jika benar ada notis supaya mahkamah memutuskan hak sebenarnya.
“Sehingga segala-galanya selesai, kita akan tetap duduk di situ tanpa perlu bimbang dan ragu,” katanya.
Husam bagaimanapun menyelar tidakan Pas yang membuat rancangan
membeli tanah itu dengan kaedah yang penuh keraguan dari segi syarak.
“Tanah ini seperti dinyatakan berkali-kali oleh arwah adalah milik peribadinya dan hanya dinamakan atas nama isterinya.
“Paling akhir perkara ini dinyatakan secara terperinci dalam ceramah
di Wisma Tok Guru yang disiarkan secara langsung di facebook,” katanya.
Hasilnya kata beliau, tanah ini masih dalam tuntutan pusaka pewaris-pewaris arwah Datuk Rosli.
“Saya difahamkan perbincangan mengenai hal ini akan dibuat 23 Oktober ini.
“Adalah sesuatu yang tidak patut berlaku harta yang masih dalam pertimbangan mahkamah telah dijual,” katanya.
Beliau turut terkejut apabila tanah itu kini dijual kepada setiausaha kerja Pas Kelantan bernama Yasin.
“Saya tahu berapa gaji Yasin dan tentu beliau tidak mampu membeli tanah dengan harga 700 ribu itu.
“Saya percaya duit ini tauke balak yang bagi dan dinamakan dengan namanya,” katanya.
Wisma Tok Guru : Husam ada kebenaran bertulis
Written By Wadah Baru on Khamis, 19 Oktober 2017 | 8:47 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan