Home » , » PPBM dibenar tangguh mesyuarat agung

PPBM dibenar tangguh mesyuarat agung

Written By Wadah Baru on Khamis, 2 November 2017 | 1:24 PTG

PETALING JAYA: PPBM menangguhkan mesyuarat agungnya selama 18 bulan daripada penubuhan parti itu, kata Ketua Penerangan Datuk Kamarudin Mohd Nor, selepas aduan beberapa cawangan parti di Johor.

Kamarudin berkata penangguhan itu sudah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), sambil menyifatkan pengadu didorong oleh pihak tertentu untuk memburukkan PPBM.
Ini bermakna PPBM yang ditubuhkan secara rasmi pada 8 September 2016 perlu mengadakan mesyuarat agung pertamanya menjelang Mac tahun depan.

“Penangguhan mesyuarat agung itu disebabkan ada urusan dalaman parti yang belum selesai,” katanya

Sebelum ini, 7 bahagian PPBM di Johor mengemukakan aduan kepada JPPM mendakwa pucuk pimpinan parti gagal mematuhi ketetapan perlembagaan parti berhubung mesyuarat agung peringkat bahagian dan cawangan.

Tujuh bahagian itu adalah Kluang, Bakri, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, dan Batu Pahat.

Ketua Penerangan PPBM Kluang, Arjuna Putra Ali berkata sehingga ke hari ini mereka belum menerima notis bertulis untuk memanggil mesyuarat agung.

Arjuna berkata ia bertentangan dengan perlembagaan PPBM yang menetapkan mesyuarat agung mesti dipanggil selepas setahun penubuhan parti itu.

Bagaimanapun, Kamarudin menganggap 7 bahagian Johor yang membuat aduan itu diupah dan didorong oleh pihak tertentu yang memburukkan PPBM.

“Agaknya mereka makan upah lah ini. Jadi kena cari ‘point’ nak burukkan.

“Saya yakin ada orang lain mendorong mereka buat begitu. Ada kuasa lain untuk mereka mengambil tindakan sedemikian dan mahu melihat PPBM bercelaru,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger