Hanya beberapa jam selepas diperintah membayar RM200,000 kerana
memfitnah, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dilihat masih ada
selera menikmati durian di Pasir Salak.
Bekas pegawai Kastam itu sendiri memberitahu hal tersebut di Facebook
dengan turut memuat naik empat foto termasuk bersama-sama sekumpulan
kanak-kanak berjubah kira-kira jam 3 petang tadi.
“Perjalanan ke KL dari mahkamah Ipoh singgah pekena durian Pasir
Salak. Ustaz Mustaffa. JZKK,” dipetik daripada statusnya di media sosial
itu.
Maklumannya itu kemudian mengundang puluhan komentar daripada pihak
penyokong Pas termasuk sindiran netizen yang mengaitkan jumlah bayaran
yang mesti djelaskannya mencecah RM200,000.
Mahkamah Sesyen di Ipoh hari ini memerintahkan Razman membayar
RM200,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar
Jamaluddin berkaitan saman fitnah yang difailkan pada 2015.
Razman, 57, didapati bersalah memfitnah Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Changkat Jering itu dalam satu laporan berita di akhbar Sinar
Harian Edisi Perak, 2 Jun 2015 bertajuk ‘Pendekatan Nizar mirip DAP’.
Namun, seolah-olah tidak serik, Razman masih terus mengaitkan AMANAH
dengan DAP dalam reaksinya terhadap komentar paling atas yang berbaur
sinis untuk status tersebut.
“Perkara kecik bukan macam Pan. Harap ehsan DAP,” dakwanya yang
memang memanggil AMANAH sebagai ‘Pan’seperti kelaziman perangai pemimpin
dan penyokong Pas yang lain.
Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap soalan pengguna
Facebook, Khairy Armani yang berbunyi, “Dah bayar saman ke?” dengan
tanda pagar #tanyasaja.
Bukan sekali Razman berdepan dengan Nizar di Mahkamah Sesyen Ipoh.
Pada 19 April lalu, beliau diperintah membayar RM8,500 sebagai kos
kepada Nizar selepas permohonannya menarik keluar saman fitnah yang
difailkan Nizar diketepikan.
Razman memang dikenali antara pemimpin Pas yang kerap memprovokasi
AMANAH walaupun partinya dicanang mengamalkan budaya politik matang dan
sejahtera.
Sebelum ini, beliau memuat naik poster fitnah bertajuk ‘Sejarah yang
berulang’ dengan tertera imej Chin Peng bersebelahan Rejimen ke-10 Parti
Komunis Malaya manakala gambar pimpinan AMANAH berada di sebelah foto
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, Razman kemudiannya mengemukakan permohonan maaf secara
terbuka selepas mengongsikan poster itu yang antara lain cuba memberi
tanggapan buruk kononnya AMANAH adalah proksi DAP.
Razman makan durian selepas diperintah bayar RM200,000
Written By Wadah Baru on Jumaat, 10 November 2017 | 4:59 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan