GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang berkata taubat paling baik buat 
seorang ahli politik seperti Tun Dr Mahathir Mohamad ialah kembali 
membetulkan kezaliman dan kejahatan yang dikaitkan dengannya.
Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor berkata orang Islam harus faham bahawa 
taubat bukan sahaja diucapkan melalui kata-kata seperti beristighfar 
tetapi yang lebih utama dilakukan dengan perbuatan dan amalan.
“Jika seorang hamba Allah yang pernah menjadi pemimpin atau 
pemerintah dan banyak melakukan kezaliman dan kejahatan ketika memimpin 
rakyat jelata dan memerintah negara, maka taubat yang paling baik ialah 
dengan menegakkan keadilan dan melakukan kebajikan jika dia berpeluang 
kembali berkuasa.
“Jadi jika Dr Mahathir ada berniat untuk bertaubat dengan cara yang 
demikian maka eloklah jika dia kembali memegang kuasa dan menjadi 
pemimpin negara sekali lagi,” katanya
Wan Salim mengulas kenyataan penceramah kontroversi Zamihan Mat Zin 
baru-baru ini, yang antara lain menyeru Dr Mahathir masuk sekolah pondok
 dan bertaubat atas dosa-dosanya semasa memerintah negara selama 22 
tahun.
Dr Mahathir, 93, yang mempengerusikan Pakatan Harapan, adalah calon gabungan itu untuk perdana menteri.
Salim berkata orang Islam yang baik mesti bertaubat daripada segala dosa dan kesalahan sementara kesempatan masih ada.
Oleh itu, sekiranya Dr Mahathir ingin kembali ke arena politik dengan
 hasrat untuk memperbetulkan kesilapan, maka tiada salahnya dari sudut 
pandangan Islam.
“Tetapi jika tujuan beliau hanya untuk kepentingan diri, keluarga 
atau kroni maka tindakan sedemikian adalah salah dan merupakan suatu yg 
tidak wajar dilakukan,” katanya.
Mufti: Taubat paling baik buat Dr M ialah kembali jadi PM
Written By Wadah Baru on Khamis, 25 Januari 2018 | 11:41 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.



0 ulasan:
Catat Ulasan