PAKATAN Harapan (PH) akan melancarkan kempen "100 Hari Menjelang
PRU14" hujung minggu ini dengan siri ceramah bermula di Gelang Patah,
Johor, sebuah kawasan Parlimen yang kini dikuasainya, sebelum masuk
menyerang kubu MCA dalam usaha terang-terangan mahu menumbangkan parti
komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) itu.
Ceramah pada Sabtu malam di Skudai, yang terletak dalam kawasan
Parlimen Gelang Patah yang diwakili oleh Lim Kit Siang akan turut
membariskan Timbalan Presiden PH, Muhyiddin Yassin dan Mohamad Sabu
serta Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Keesokan harinya, pada Ahad, PH akan masuk ke "kubu lawan" dengan
acara yang diatur bersusun di kawasan yang disandang oleh MCA: Ayer
Hitam dan Bentong, Pahang.
Dua kerusi itu disandang oleh dua pemimpin utama MCA – Bentong
diwakili oleh Presidennya Liow Tiong Lai sementara Ayer Hitam oleh
Timbalan Presiden Wee Ka Siong.
Menurut Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, PH akan melancarkan pusat
pilihan rayanya di Ayer Hitam pada pukul 5.30 petang Ahad, sebelum
mengadakan ceramah menjelang PRU14 di Bentong pada sebelah malamnya.
Ceramah di Skudai dan Bentong itu akan disertai oleh trak Ubah milik DAP.
"Pusat pilihan raya Ayer Hitam akan dirasmikan oleh
Mohamad Sabu dan Lim manakala ceramah di Bentong akan menampilkan
beberapa pemimpin kanan DAP," kata Liew.
Sasaran
PH menyasarkan beberapa kerusi "lemah" yang kini dipegang oleh BN,
dan Bentong adalah antara kerusi dalam senarai paling atas dalam
bidikannya.
"Kalau mahu melawan BN, lebih baik kita mula dengan kerusi seperti di Bentong," kata Liew
Pada Pilihan Raya Umum 2013, Liow nyaris kalah kepada Wong Tack,
aktivis alam sekitar yang terjun ke lapangan politik, dengan 379 undi
atau lebih kurang 0.6%.
Menteri pengangkutan itu meraih 25,947 undi berbanding Wong yang
dapat 25,568 undi. Kawasan itu mempunyai 45% pengundi Melayu, 44% Cina
dan 9% India.
PH juga percaya ia mampu membuat kejutan di Ayer Hitam, kubu tradisi BN, kata sumber dalaman gabungan pembangkang itu.
Dalam satu tinjauan baru-baru ini, seorang pengundi di kawasan itu memberitahu "letak botol kicap pun" BN boleh menang di Ayer Hitam.
Namun PH mengingatkan jangan ambil mudah saingannya pada PRU14 nanti
kerana jumlah pengundi yang memilih Wee pada 2013 hanyalah separuh
daripada mereka yang mengundi BN pada pilihan raya umum lima tahun
sebelumnya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengalahkan calon PAS Hu Pang
Chaw dengan majoriti selesa 7,310 undi, merosot daripada majoriti 13,909
yang diperolehinya pada PRU12.
Kerusi itu mempunyai 56% pengundi Melayu, 38% Cina dan 4% India.
PH memberi mandat kepada DAP untuk bertanding di kerusi itu tetapi
sumber memberitahu rundingan masih lagi berjalan dan ada kemungkinan
Amanah akan menurunkan calonnya untuk melawan Wee.
"Masih belum ada kata putus tetapi Amanah ada beberapa pemimpin yang bagus yang boleh dimajukan di Ayer Hitam. Ada
beberapa nama yang disebut antaranya Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen
Kuala Krai) dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), yang juga anak
Johor.
"Malah ada juga cadangan supaya diletakkan calon dari DAP bertanding di Ayer Hitam," kata Liew.
Pakatan serang kubu MCA hujung minggu ini
Written By Wadah Baru on Khamis, 25 Januari 2018 | 11:39 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan