Home » , » Mendesak YAB Perdana Menteri Dedahkan Senarai Nama Penderma RM2.6 Billion

Mendesak YAB Perdana Menteri Dedahkan Senarai Nama Penderma RM2.6 Billion

Written By Wadah Baru on Rabu, 5 Ogos 2015 | 4:48 PTG


Oleh Mohd Sany Hamzan

Merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memetik:
"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 billion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 billion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak adalah sumbangan daripada penderma, dan bukannya daripada dana 1MDB".

Kenyataan penuh 'jujur' dan lurus bendul yang dikeluarkan kelmarin sewajarnya dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri. Jumlah 'sumbangan oleh penderma' yang diterima YAB Perdana Menteri sangat tidak masuk akal. Seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya gerangan batang tubuh si penderma yang sangat bermurah hati tersebut. Tidak kurang juga rakyat Malaysia yang termimpi-mimpi untuk memperoleh jumlah derma sebanyak itu ketika mana dihimpit kenaikan kos sara hidup hasil pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh YAB Perdana Menteri sendiri.

Justeru kami anak muda mendesak Perdana Menteri Malaysia untuk mendedahkan senarai penuh nama-nama penderma itu bagi membuktikan kepada rakyat bahawa RM2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadinya benar-benar wang sumbangan daripada penderma yang cukup-cukup 'prihatin' dengan kerjaya politik beliau.

Malah jika semua rakyat Malaysia maklum dengan identiti penderma tersebut, secara tidak langsung akan meringankan beban Perdana Menteri sendiri memandangkan rakyat boleh terus memohon kepada penderma berkenaan tanpa bersusah-payah menunggu wang BR1M seperti tahun-tahun yang lalu.

Sekian, terima kasih.

Mohd Sany Hamzan
Penyelaras
Gerakan Anak Muda
Harapan Baru Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger