Home » , » Solat Hajat Selamatkan SPRM Daripada Deraan Polis

Solat Hajat Selamatkan SPRM Daripada Deraan Polis

Written By Wadah Baru on Rabu, 5 Ogos 2015 | 11:03 PTG

 Oleh DATO' MAHFUZ HJ OMAR


1. Suasana menekan ke atas SPRM ekoran isu siasatan terhadap Skandal 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib telah mengakibatkan penahanan dan siasatan ke atas Pegawai-Pegawai SPRM oleh pihak Polis DiRaja Malaysia. Serbuan, penggeledahan, tangkapan dan siasatan oleh Polis Cawangan Khas cukup menekan mereka dalam usaha untuk memerangi rasu

2. Sebagai orang yang punya pengalaman disiasat oleh Polis Cawangan Khas semasa ditahan di bawah ISA, pederaan mental (mental torture) merupakan kaedah yang digunakan untuk menekan tahanan semasa soal siasat. Tujuannya ialah untuk menimbulkan ketakutan dan membuat pengakuan kepada perkara yang kita sendiri tidak lakukan. Saya percaya ini lah juga yang pernah dilalui oleh rakan-rakan saya yang lain yang pernah berhadapan dengan Polis Cawangan Khas.

3. Hanya kekuatan kerohanian dan mental yang mampu menghadapi situasi seperti itu. Di samping doa daripada keluarga dan rakan-rakan untuk ketabahan dan ketenangan diri juga keluarga. Saya percaya inilah yang sedang dihadapi Pegawai dan Kakitangan SPRM yang sedang diganggu keselamatan dan diancam ketakutan ekoran kesepakatan mereka di SPRM BERJIHAD memerangi RASUAH.

4. Sebagai rakyat yang beramanah dan bertanggung jawab mari kita bersama denyut nadi mereka di SPRM mengistiharkan PERANG terhadap RASUAH. Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan mereka dan keluarga dalam usaha berterusan memerangi rasuah.

5. Saya menyaran dan menganjurkan kepada umat Islam mengadakan Solat Hajat Untuk mu SPRM dan Selamatkan Malaysia daripada rasuah di seluruh negara selepas Solat Jumaat pada 7 ogos 2015/22 Syawal 1436H. Bersama kita memohon pada Allah untuk kekuatan dan keselamatan mereka di SPRM dan keluarga mereka untuk menghadapi ancaman daripada penyangak dan pengkhianat Negara atas usaha dan Jihad berterusan terhadap rasuah.

6. Ya Allah, Kau lindungi lah mereka di SPRM dan keluarga mereka. Berilah kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada mereka menghadapi cabaran yang getir ini untuk memerangi kebencian Mu Ya Allah iaitu rasuah dan perasuah negara. Allahumma aamiin.

"SELAMATKAN LAH MEREKA DAN MALAYSIA TERCINTA".
DATO' MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
5 Ogos 2015/20 Syawal 1436.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger