Rakyat seolah-olah tidak diberi jalan keluar melainkan terikat dengan situasi politik jalan buntu.
Kelompongan ini memberikan ruang pada kemunculan diktator kecil dan gerombolan rasis berbaju merah untuk ambil alih keadaan buntu ini.
Retorik 'bangsat' ,'Cina babi' dan 'Islam rasis' seolah ingin mengambil alih situasi ketidakharuan ini.
Penjunaman ringgit kerana simpanan reserve negara terpaksa dikorek dan skandal RM2.6 bilion dan tebal muka perdana menteri mahu terus berkuasa mewajarkan penipuan dan manipulasi buat regim BN.
Celah hambatan-hambatan ini lahirlah Parti Amanah Negara (Amanah). Walaupun digelar 'parti serpihan' namun hakikatnya ialah, ia parti yang memenuhi kekosongan ditinggalkan pembangkang kerana berantakan sesama sendiri.
Kelahiran Amanah adalah untuk menjadi pencetus kepada jalan keluar kebuntuan rakyat dengan kebobrokan politik BN hari ini. Amanah, walaupun parti baru, namun timbalan pengemudinya adalah orang lama yang masak dengan asam garam perjuangan rakyat.
Suntikan baru inilah melahirkan wadah besar untuk rakyat menaruh harapan kepada satu permuwafakatan baru dibentuk atas tiga parti iaitu DAP, PKR dan Amanah.
Ketiga parti berada pada tempo yang sama dan harapan yang sama. Mereka mahukan penyelesaian awal untuk dikemukakan pada rakyat dan menyatakan kami berada atas janji membela dan membentuk masa depan lebih baik.
Suntikan roh baharu yang segar dengan permuwafakatan ini memberi semangat pada kebuntuan beberapa bulan yang lalu untuk mencari jalan keluar.
Saya yakin fasa selanjutnya ialah formulasi dasar bersama dan tawaran baru yang akan diusung sebagai jalan ke hadapan untuk Malaysia.
Semuanya termakbul kerana adanya Pakatan Harapan, semuanya boleh dicapai kerana kepimpinan ketiga parti berjanji setia memelihara kepentingan negara lebih dari kepentingan partinya.
Inilah suara harapan, justeru inilah Pakatan Harapan yang kami tawarkan pada hari ini 22 September 2015/8 Zulhijjah 1436.
0 ulasan:
Catat Ulasan