Oleh HAZAYANI ZAKARIA
Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan badan bukan kerajaan (NGO)
menjadi pemerhati
Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub berkata, NGO-NGO yang bersedia
menjadi pemerhati boleh mengeluarkan laporan pada setiap akhir sesi
persidangan Dewan Rakyat.
Laporan ini katanya penting untuk
dibentangkan kepada rakyat sebagai kayu ukur prestasi seseorang ahli
Parlimen yang dipilih oleh rakyat sendiri.
“Saya bersetuju jika
ada beberapa NGO yang bersedia menjadi satu badan pemerhati yang khusus
dan tampil menawarkan diri untuk memberikan komentar yang ikhlas mereka
terhadap pencapaian ahli Parlimen.
“Sekiranya ada wakil rakyat
Amanah yang tidak menjalankan tugas ataupun cuai dalam menjalankan tugas
kita bersedia untuk menerima teguran,” kata beliau pada sidang media di
Wisma Amanah, dekat sini hari ini.
Salahuddin juga berkata-kata
parti-parti politik perlu lebih bertanggungjawab dalam meletakkan calon
mewakili parti ke Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya
mereka benar-benar boleh membawa suara rakyat.
“Ini adalah baik
sebagai peringatan kepada parti politik dan pada masa akan datang juga
saya minta parti politik lebih bertanggungjawab untuk memilih
wakil-wakil yang mereka akan hantar ke parlimen atau Dun yang akan
mewakili suara rakyat,” katanya lagi.
Sementara itu, Setiausaha
Agung Amanah, Anuar Tahir menyatakan kekesalan terhadap kegagalan
perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan isu ‘derma’ RM2.6
bilion di Parlimen.
“Amanah kesal terhadap pihak pemerintah
khususnya Najib dalam menangani isu RM2.6 bilion yang menjadi isu yang
tidak terjawab secara tuntas dan sempurna.
“Permainan politik
menjadikan isu ini berlegar-legar dan seolah-olah rakyat semua dinafikan
hak untuk mendapat tahu hakikat yang sebenar.
Amanah katanya akan meneruskan usaha mendesak Najib menjelaskan isu berkenaan yang sehingga kini menimbulkan tanda tanya.
“Kami
akan meneruskan usaha menuntut perdana menteri menyatakan kebenaran
walapun hal itu sukar dan kita kena kerja kuat,” katanya.
kepada prestasi ahli parlimen khususnya daripada
Amanah sendiri.
Amanah cadang NGO pantau prestasi Ahli Parlimen
Written By Wadah Baru on Selasa, 8 Disember 2015 | 1:52 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan